Lelaki
Tazim
Kehormatan
Tawqir
Kejayaan diizinkan oleh Allah
Tariq
Bintang subuh, pengetuk hati
Perempuan
Umamah
Cucu Rasulullah SAW dari Zainab
Uzdah
Ada unsur kelebihannya
Urjuwanah
Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah
Nama Ibu

Nama Bayi
Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry

Persekitaran Bantu Didik Anak

BIODATA MAMA
Nama : Zatul Hijanah Ramzi
Tarikh lahir : 20 Julai 1977
Pekerjaan : Eksekutif Kanan, Ahli Perniagaan Internet (www.babynme.com.my)
& Kaunselor Laktasi
Nama suami : Khairul Anuar Saharuddin
Usia : 38 tahun
Pekerjaan : Pengurus Teknikal
Nama anak : Qistina Mahfuzah & Qaisara Madihah
Tarikh lahir : 6 Mac 2006 & 20 September 2008

Masa umpama emas bagi ibu dua orang puteri ini. Setiap masa yang dimiliki amat dihargai terutama untuk bersama keluarga tersayang. HASNITA SAWAL menjenguk rutin seharian personaliti kali ini.

Peluang menghabiskan masa yang lama dalam perjalanan ke tempat kerja dan taska jagaan anak setiap hari dijadikan sesuatu yang bermakna bagi ibu berkerjaya ini.

Bukan mudah melalui kesesakan jalan raya saban hari hingga mengambil masa lebih sejam dalam kereta bersama dua anak kecil. Tetapi Zatul menggunakan peluang tersebut untuk mendidik anak-anaknya sepanjang masa.

Apa sahaja yang diperhatikan sepanjang perjalanan dari Klang ke Kuala Lumpur dan sebaliknya akan diterangkan dan digunakan oleh Zatul sebagai satu cara mendidik Qistina dan Qaisara.

Berbicara soal mendidik anak-anak, penceramah bebas ini percaya ia bermula sejak dalam kandungan lagi. Dia sendiri mula memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sejak anak dalam kandungan selain bercakap-cakap dengan mereka.

“Selain itu, pemakanan yang baik seperti susu ibu dan masakan yang dimasak di rumah memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak. Saya juga percaya anak-anak berhak untuk menyuarakan pendapat dan idea, namun masih perlu dikawal dan diberi panduan oleh ibu bapa.

Disiplin turut penting dan perlu diterangkan pada anak-anak mengapa ianya perlu ada. Saya suka memberi anak-anak kebebasan memilih sendiri apa yang mereka suka/minat dan perlu diberi panduan apa yang baik dan apa yang tidak baik. Ada masanya perlu bertegas tetapi mengikut keperluan dan kesesuaian keadaan,”
kongsinya lagi.

Efisen urus masa
Lumrah bergelar ibu berkerjaya, hambatan masa membuatkan tenaga dan fizikal perlu digembleng sebaiknya agar tanggungjawab yang digalas berjalan seiring.

Dia yang meletakkan anak-anaknya di taska berhampiran pejabat dengan alasan mudah menguruskan keperluan mereka, boleh menjenguk anak pada waktu rehat dan dapat terus mengambil mereka dengan cepat sejurus selepas waktu pejabat akui cara itu memudahkan lagi urusan masanya.

Tunggak kebahagiaan rumah tangga memerlukan kerjasama kedua belah pihak. Sokongan dan bantuan suami melancarkan lagi urusan rumah tangga.

Ia diakui oleh Zatul yang bersyukur kerana merasakan dirinya bertuah dikurniakan suami yang memahami dan ringan tulang dalam menguruskan hal rumah tangga.

Zatul turut berkongsi tip di mana dia akan bangun seawal lima pagi untuk mengemas rumah sebelum bersiap ke tempat kerja. Di sebelah malam pula dia memperuntukkan
masa sebanyak mungkin dengan anak-anak dan suami.

Sebagai usahawan internet, selepas anak-anak tidur, dia meluangkan masa sejam untuk menguruskan kedai internetnya dan menyelesaikan artikel selaku kolumnis majalah keibubapaan. Namun dia bertegas dengan peraturannya sendiri agar tidak membawa pulang kerja di pejabat ke rumah.

Kenangan terindah
Kesibukan tugas di pejabat, sebagai usahawan internet dan ada kalanya sibuk bermesyuarat, berpersatuan dan berceramah mengenai penyusuan susu ibu di hujung minggu kadang kala membatasi masa untuk sentiasa bersama keluarga. Justeru ibu dua anak ini amat menghargai setiap saat yang dimiliki untuk bersama anak-anak.

Memiliki dua orang puteri cukup membahagiakannya. Keletah mereka cukup menghiburkan hati seorang ibu. Cerita Zatul tentang jantung hatinya Qistina si kakak sulung yang sudah bijak mengenal huruf cukup mengujakan.

“Lagaknya sebagai kakak yang bertanggungjawab membuatkan dia ringan tulang membantu saya seperti memasukkan beras dalam periuk atau baju kotor ke dalam mesin basuh.

Manakala Qaisara, sudah tahu menyuap nasi sendiri dan sudah pandai bercakap walaupun agak pelat. Dia juga suka membantu jika saya melipat kain dan sangat suka mandi.

Mereka berdua sangat manja dan suka dicium dan dipeluk oleh saya. Mereka saling cemburu-mencemburui jika salah seorang duduk atau baring bersebelahan saya. Mesti kedua-duanya berebut nak duduk atau baring sama,” ceritanya penuh bahagia.

Katanya hamil anak pertama dia agak manja, kuat menangis dan terlalu bergantung pada suami berbanding kehamilan kedua, dia lebih berdikari dan cergas. Hasil pembawakan tersebut dapat diperhatikan pada kedua anak di mana yang sulung lebih manja dan kuat menangis berbanding adiknya yang sangat berdikari dan kuat semangat.

Lucunya, ujar Zatul lagi, pada kehamilan pertama dia sangat gemar membeli belah tetapi bukan barang keperluan anak sebaliknya barang keperluan rumah seperti cadar, bantal, periuk dan sebagainya.

Namun demikian ciuman dan ucapan terima kasih daripada suami kerana melahirkan anak-anak, akan dikenang Zatul sebagai saat terindah sampai bila-bila.

Saat paling tidak dapat dilupakan apabila bergelar ibu apabila dapat memegang, memeluk, mencium dan menyusukan bayi sejurus selepas dilahirkan.

Aktiviti bersama anak-anak
Walaupun anak-anaknya masih kecil tetapi Zatul gemar membawa mereka menonton wayang (cerita kartun) dan membeli barang keperluan rumah. Masa yang dihabiskan bersama digunakan untuk mengajar mereka tentang apa sahaja yang mereka lihat. Contohnya jika membeli sayuran, dia akan memberitahu nama sayuran tersebut dan sebagainya.

Bahkan waktu sebelum tidur juga digunakan untuk membacakan buku cerita atau bercerita dengan anak-anak. Malahan jika terlupa, anak-anaknya akan mengingatkan rutin yang amat mereka gemari itu. Katanya semua itu merupakan caranya untuk membina hubungan erat antara ibu dan anak.

Impiannya sebagai ibu ingin melihat anak-anak sentiasa sihat, berjaya dan bahagia dalam kehidupan mereka.

“Saya juga mengimpikan boleh menghantar dan mengambil mereka ke/ dari sekolah apabila mereka mula bersekolah kelak. Untuk perniagaan pula saya impikan untuk membuka sebuah kedai bayi dan penyusuan susu ibu dengan jenama Baby N Me yang saya asaskan hasil cetusan kasih sayang saya pada anak-anak selian ingin berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kegembiraan saya dengan ibu bapa lain,” kongsi Zatul.