Lelaki
Tazim
Kehormatan
Tawqir
Kejayaan diizinkan oleh Allah
Tariq
Bintang subuh, pengetuk hati
Perempuan
Umamah
Cucu Rasulullah SAW dari Zainab
Uzdah
Ada unsur kelebihannya
Urjuwanah
Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah
Nama Ibu

Nama Bayi
Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry

Facebook khas bagi Kanak-kanak

Hasil kajian terkini sempena Minggu KeluargaKebangsaan di United Kingdom mendapati tidak sampai separuh (49%) kanak-kanak yang ditemu bual mengatakan bahawa ibu bapa sangat penting dalam hidup mereka. 28 peratus kanak-kanak yang berumur 11 tahun pula mengatakan Facebook mempunyai kesan yang lebih besar dalam hidup, melebihi kesihatan, bersukan dan bersekolah. Statistik kajian itu juga menunjukkan bahawa kanak-kanak perempuan lebih ramai menggilai Facebook dengan 4 orang daripada setiap 10 kanak-kanak perempuan.

Hasil kajian yang mengejutkan ini mengajak kita sebagai ibu bapa berfikir semula. Adakah anak kita sudah cukup matang bagi dibenarkan mempunyai akaun Facebook sendiri?

Pentadbir laman Facebook menetapkan syarat bahawa jika anak kita ingin mempunyai akaun Facebook, mereka harus berusia 13 ke atas. Namun jika anak kita yang berumur 10 tahun memasukkan maklumat dengan tarikh lahir palsu semasa pendaftaran, Facebook tetap menganggap maklumat itu betul lalu membenarkannya.

Maka, sebagai ibu bapa, tiada yang lebih berharga selain pemantauan berterusan terhadap aktiviti anak-anak kita di alam siber. Linda Caple-Wakeling, seorang ibu dari New South Wales, Australia membenarkan anaknya berumur 11 tahun mempunyai akaun Facebook. Namun beliau sendiri mempunyai autoriti mutlak meluluskan permintaan rakan-rakan anaknya yang ingin menjadikan anaknya rakan mereka. Beliau terlebih dahulu membaca latar belakang mereka. Biasanya mereka datangnya dari sekolah yang sama.

Dalam pada itu, menurut Professor Virginia Slaughter, pakar pembangunan sosial kanak-kanak dari University of Queensland, Austalia, Facebook juga merupakan platform bagi kanak-kanak bersosial. Sebagaimana orang dewasa yang perlu hidup bersosial, kanak-kanak juga berhak bersosial. Namun beliau menasihatkan bahawa jika kita tidak mengawasi aktiviti Facebook anak-anak, kita mendedahkan mereka dengan bahana buruk yang bakal menimpa.

Togetherville: Facebook untuk Kanak-kanak Togetherville adalah laman rangkaian sosial terbaru yang berfungsi seperti Facebook Cuma ia dikhaskan bagi kanak-kanak berumur 6-10 tahun. Perkara yang positif tentang Togetherville ialah ia sesuai dan selamat bagi anak-anak kita bersosial bersama rakan-rakan maya. Mandeep Dhillon, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Togetherville berkata ibu-bapa hari ini sangat sibuk di pejabat. Selain itu mereka juga sibuk di alam maya dengan bersosial dan bersembang di Facebook.

Oleh itu, beliau menggesa ibu bapa supaya menjadikan masa yang diperuntukkan di Facebook sebagai masa berkualiti. Dengan Togetherville kedua-dua pihak bersosial secara maya dengan interaksi yang selamat dan terjamin. Ibu bapa boleh mencapai akses ke Togetherville dengan log-in melalui akaun Facebook mereka yang dirangkaikan dengan Togetherville.

Di samping itu, Togetherville hanya membenarkan ibu bapa membuka akaun anak mereka dan bukan kanak-kanak sendiri. Ia juga menepati syarat keselamatan yang ditetapkan oleh Children''s Online Privacy Protection Act (COPPA) 1994 Amerika Syarikat.

Kanak-kanak kini boleh merasai kegilaan ibu bapa mereka yang ‘hanyut’ berjam-jam di Facebook. Mereka boleh memberi komen kepada rakan mereka di Togetherville sebagaimana fungsi Facebook.

Selain itu mereka boleh menghasilkan kad ucapan digital, bermain permainan dan menonton video yang disahkan kesesuaiannya. Togetherville dijangka muncul sebagai satu platform yang bakal digilai kanak-kanak di alam maya. Ia juga bertujuan mendidik mereka menjadi pengguna laman sosial yang beradab dan bertanggungjawab.

Di samping itu, kandungan berkaitan pembelajaran juga boleh dimuat naik oleh ibu bapa dan guru. Sudah tentu ia sangat berfaedah dalam membantu pembelajaran kanak-kanak secara dalam talian.

Menurut Mandeep Dhillon, Togetherville dicipta dengan tiga matlamat iaitu sebagai tempat kanak-kanak mengekspresikan diri mereka, tempat berhibur dan tempat belajar. Antara ciri penting yang ada pada Togetherville adalah:

Quips:
Sama seperti fungsi kemas kini status pada Facebook. Quips memberikan pilihan teks yang sudah ditetapkan pentadbir laman. Kanak-kanak cuma perlu memilih teks yang sesuai untuk dituliskan. Tujuannya adalah bagi mengelakkan mereka menaip perkataan yang tidak sesuai atau tidak beradab.

Lencana:
Kanak-kanak yang berjaya mengekalkan perwatakan yang baik sepanjang berinterkasi di Togetherville diberikan lencana khas. Kesimpulannya, Togetherville bakal membawa satu pengalaman baru bersosial kepada anak kita sebagaimana kita seronok ber`Facebook’.

Kerja seni, aplikasi dan permainan:
Aktiviti interaktif seperti aplikasi melukis dan permainan bertujuan menjadikan Togetherville bukan sekadar tempat lepak maya semata-mata. Di sini mereka boleh bergembira dengan permainan terkini. Mereka boleh menyerlahkan kreativiti dengan mereka bentuk kad ucapan perayaan atau sempena hari jadi rakan sekelas.

Apilikasi hadiah maya:
Togetherville juga memberi peluang kepada kanak-kanak menghadiahkan rakan-rakan pelbagai hadiah seperti sejambak bunga. Mereka juga boleh menghantar ucapan dan penghargaan kepada ibu bapa.

Video:
Mereka juga boleh menonton, berkongsi dan mengundi video yang sudah dilulus pentadbir laman.

Dapatkan Majalah PA&MA keluaran Julai 2010 di pasaran.