| Lelaki |
|---|
| Tazim Kehormatan |
| Tawqir Kejayaan diizinkan oleh Allah |
| Tariq Bintang subuh, pengetuk hati |
| Perempuan |
| Umamah Cucu Rasulullah SAW dari Zainab |
| Uzdah Ada unsur kelebihannya |
| Urjuwanah Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah |
![]() |
Nama Ibu Nama Bayi Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry |
Armin Buah Hati Keluarga
Nama bayi : MEGAT ARMIN
Tarikh lahir : 2 OGOS 2008
Kegemaran : SUKA BERMAIN DENGAN ALAT-ALAT ELEKTRONIK
Nama ibu : AFIDA IBRAHIM
Nama bapa : MEGAT SHAHRUL AZAM MEGAT BURHAINUDDIN
Sambutan umum terhadap Hari Bapa tidak sehebat Hari Ibu, namun keluarga Armin tidak lupa untuk meraikannya saban tahun.
Bercerita lanjut tentang sambutan Hari Bapa, ibu si comel ini menjelaskan bahawa setiap tahun mereka akan meraikannya secara ringkas. “Kebiasaannya, saya dan suami akan
menyambut Hari Bapa dengan mengadakan majlis makan di restoran atau yang seumpama dengannya bersama keluarga di kedua-dua belah pihak. Nampak gayanya, tahun ini merupakan tahun kedua Armin menyambut Hari Bapa bersama dengan ayah dan kedua-dua orang atuknya. Saya pasti sambutan kali ini lebih meriah apatah lagi Armin kini
semakin meningkat usia.”

Tambah ibu Armin lagi, “Setakat ini, saya belum pernah melakukan kejutan sewaktu meraikan Hari Bapa. Kejutan biasanya saya lakukan untuk sambutan Hari Lahir sahaja. Walau bagaimanapun, setiap kali menyambut Hari Bapa, saya tidak lupa memberi kad ucapan, hadiah dan tinggal ketinggalan menyediakan kek untuk suami, ayah dan ayah mertua. Kesemua ini, saya lakukan demi menerapkan rasa kasih dan sayang Armin kepada kaum bapa dalam keluarga kami. Ternyata keletah Armin yang semakin membesar sentiasa mencuit hati kedua-dua belah keluarga ibu bapanya.
Suatu hari nanti, apabila Armin mula memahami kepentingan menyambut Hari Bapa, saya bercadang mahu membuat kejutan kepada suami dengan membantu Armin mencipta kad Hari Bapa atau pun melukis gambar berkaitan bapanya. Saya pasti suami pasti teruja apabila menerima hadiah istimewa itu daripada Armin nanti.”
Dapatkan Majalah PA&MA keluaran Jun 2010.
| Fillet Ikan Istimewa |
![]() |
Satu lagi hidangan yang ringkas tetapi penuh khasiat. Jika anda tidak menggemari fillet segera yang banyak dijual di pasaraya, anda bolehlah membuat fillet anda sendiri. Caranya amat mudah.... |
» Halia atasi kembung
» Elakkan anak kencing malam
» Hilangkan parut
» Payudara kembali anjal


