| Lelaki |
|---|
| Tazim Kehormatan |
| Tawqir Kejayaan diizinkan oleh Allah |
| Tariq Bintang subuh, pengetuk hati |
| Perempuan |
| Umamah Cucu Rasulullah SAW dari Zainab |
| Uzdah Ada unsur kelebihannya |
| Urjuwanah Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah |
![]() |
Nama Ibu Nama Bayi Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry |
Ceria Afiq & Aniq Bahagiakan Mama & Papa
Kesakitan itu hilang tiba-tiba tatkala mendakap wajah suci dan mulus yang amat seiras. Terasa bahagia menyelubungi diri wanita yang bergelar ibu. Ikuti cerita suka duka ibu kepada pasangan kembar seiras kepada HASNITA SAWAL.

Jika orang lain hamil anak kembar boleh dikesan daripada keadaan fizikalnya tetapi tidak pada Normasmawati Kaharuddin, 26. Walaupun mengandungkan anak kembar, perutnya tidak terlalu besar dan pada usia kandungan lapan bulan kelihatan seperti kandungan berusia lima bulan.
“Berat badan saya juga tidak banyak naik dan sewaktu hendak melahirkan mereka, berat saya hanya mencecah 43 kg sahaja sehinggakan ibu mertua tidak mempercayai saya mengandungkan anak kembar. Sewaktu mengandungkan kembar, Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang alahan atau masalah-masalah lain,” demikian cerita ibu muda yang memiliki sejarah kembar di sebelah keluarganya.
Khabaran gembira dirinya hamil kembar diketahui ketika kandungan berusia empat bulan. Kala itu Normasmawati sedang menjalani ibadah berpuasa.
Usai berbuka puasa, dia rasa sakit perut yang amat teruk sekali dan ketika itu di fikirannya hanya terbayang kemungkinan berlaku lagi keguguran untuk kali ketiga.
“Pergi ke klinik doktor buat ujian imbasan. Waktu itu doktor beritahu saya bakal mendapat anak kembar. Semestinya saya dan suami terkejut dan teruja mendengarnya.”
Meraikan kegembiraan tersebut, Normasmawati dan suami Shahrul Anuar Usman, 30, membuat persediaan dari segi mental, fizikal dan kewangan.
Selain berkongsi pengalaman daripada saudara mara yang mempunyai anak kembar mengenai cara pengurusan mereka, pasangan suami isteri ini juga menyediakan kelengkapan si kembar sejak kandungan enam bulan kerana jangkaan doktor anak kembar mungkin akan lahir di usia kandungan tujuh bulan.
Pengalaman berharga
Bagaikan nyawa di hujung tanduk dirasakan dirinya tatkala proses melahirkan zuriat kembar berlaku. Kembar pertama Muhammad Naufal Afiq dilahirkan lebih mudah dengan tiga kali teran sahaja selepas lapan jam di dewan bersalin Muhammad Naufal Aniq sukar dikeluarkan akibat kehabisan tenaga.
“Malah ketika itu saya juga seakan reda jika ditakdirkan sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas kembar kedua. Suami dipanggil bagi memberikan saya dorongan dan kekuatan. Akhirnya berkat doa dan semangat dari suami, doktor dan jururawat, saya selamat melahirkan bayi kedua jam 8.30 pagi selepas sejam kembar pertama dilahirkan. Tetapi adik kena tahan dalam NICU selama lapan hari kerana lemas dan sukar bernafas,” ceritanya yang melalui pengalaman tersebut di Hospital Kuala Lumpur pada 23 Mac 2007.
Perkembangan anak-anak tersayang yang semakin aktif dan menghiburkan, membuang rasa kesakitan ketika melahirkan mereka. Kedua kembar mempunyai karektor yang berbeza.
Si abang seorang yang penyayang, berjiwa lembut, mudah merajuk dan cerewet soal makan. Manakala adik pula lebih lincah, pemalu tetapi kadang kala suka membuli abang dan soal makan tiada masalah.
“Mereka juga gemar menyanyi mengikut lagu-lagu yang sering dimainkan di televisyen dan meniru aksi iklan-iklan yang ditonton. Abang lebih berminat menulis manakala Adik lebih gemar bermain bola sepak. Mereka juga sangat teruja setiap kali menonton Formula One.
Anak kembar saya juga sangat minat dengan Aznil Hj. Nawawi dan kalau terpandang gambarnya, mereka akan menyebut ‘Macam-macam Aznil’.
Malahan pasangan kembar yang menggemari karektor kartun Mickey Mouse, Ben 10, Ultraman dan Thomas N Friends ini juga mempunyai bantal busuk yang sama tetapi lucunya mereka tahu membezakan yang mana satu kepunyaan mereka melalui bau,” cerita ibu muda ini sambil tersenyum manis.
Keselesaan anak-anak
Menjadi kebiasaan pasangan kembar akan dipakaikan dengan pakaian yang sama. Bukan tidak mahu memakaikan pakaian yang berbeza tetapi rata-rata ibu anak kembar
menceritakan biasanya anak kembar akan meragam jika pakaian mereka tidak sama dengan pasangan kembar.
Bagi Normasmawati yang sudah membiasakan Afiq dan Aniq memakai pakaian yang sama, pengalaman memakaikan pakaian yang berlainan menimbulkan masalah apabila salah seorang daripada mereka akan berasa pelik dan meminta untuk memakai pakaian yang sama. Ini membuatkan dia lebih senang membeli dua pasang pakaian yang sama setiap kali membeli kelengkapan anak-anak kembarnya.
Pasangan kembar seiras yang mempunyai adik bongsu ternyata amat menyayangi adiknya Muhammad Nazhan Asyraf yang berusia setahun Mei lalu. Tetapi menurut si ibu ada juga sekali sekala mereka sepakat membuli adik tersebut.
Ibu muda yang bertubuh langsing ini bersetuju dengan kaedah perancangan keluarga jika dilihat pada faktor ekonomi keluarga dan kesibukan tugas sebagai ibu berkerjaya.
“Memang zuriat itu anugerah Ilahi tetapi perancangan keluarga penting untuk memastikan anak-anak diuruskan dengan baik selain kesihatan si ibu terjamin untuk kembali mengandung di masa depan.”
Dapatkan Majalah Pa&Ma keluaran Jun 2010 di pasaran.
| Quichee Sayur-sayuran |
![]() |
Mempelbagaikan makanan yang diberikan kepada anak adalah satu cara berkesan untuk mengelakkan mereka rasa bosan untuk makan. Kepada anda yang habis idea untuk menyediakan hidangan berzat untuk... |
» Halia atasi kembung
» Elakkan anak kencing malam
» Hilangkan parut
» Payudara kembali anjal


