| Lelaki |
|---|
| Tazim Kehormatan |
| Tawqir Kejayaan diizinkan oleh Allah |
| Tariq Bintang subuh, pengetuk hati |
| Perempuan |
| Umamah Cucu Rasulullah SAW dari Zainab |
| Uzdah Ada unsur kelebihannya |
| Urjuwanah Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah |
![]() |
Nama Ibu Nama Bayi Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry |
Syifa’ Penawar Keluarga

Nama bayi
NURUSSYIFA'' SYUHADA'' AN-NASSIR
Tarikh lahir
15 MEI 2009
Kegemaran
MENDENGAR CAKERA PADAT ZIKIR
Nama ibu
NUR SYAHADAH BINTI JAMALUDIN
Nama bapa
MOKHZANI BIN MOHAMMAD
Alahan teruk ketika hamil membatasi pergerakan ibu Syifa’. Padahal ibunya, seorang yang aktif. Kelahiran bayi montel ini mengubah segala-galanya apabila dia menjadi penawar segala duka lara.
Mengimbas kembali kenangan lebih setahun lalu, Syahadah menjelaskan dia mengalami alahan sehingga usia Syifa’ di dalam kandungan mencecah 5 bulan. Dia kerap muntah dan mengalami masalah air liur berlebihan. “Keadaan ini agak mencabar buat diri saya apabila aktiviti seharian bertukar menjadi sangat terbatas. Hari demi hari berlalu dan akhirnya, Syifa’ dilahirkan tepat pada tarikh jangkaan doktor yang turut jatuh pada hari Jumaat. Tetapi, dia terpaksa dikeluarkan melalui pembedahan caesarean disebabkan bukaan pintu rahim lambat selepas air ketuban pecah. Denyutan jantung Syifa’ juga mula lemah apatah lagi lebih 12 jam saya berada di dalam bilik bersalin. Atas alasan itu, doktor ambil keputusan untuk melakukan pembedahan agar saya dan Syifa’ sama-sama selamat.
Ternyata, Nurussyifa’ Syuhada’ yang bermaksud cahaya penawar para syuhada’ adalah penawar paling baik buat kami sekeluarga. Tiada apa yang lebih menggembirakan apabila Syifa’ selamat dilahirkan selepas melalui beberapa pengalaman mencabar sewaktu hamil dan melahirkannya.”
“Penawar” yang turut menjadi buah hati pengarang jantung ini lebih mewarisi iras wajah ayahnya. Biarpun begitu, kata Syahadah lagi, keletah anak kesayangannya itu sedikit sebanyak membiaskan pantulan karakter dirinya sendiri.
“Ya, kadang-kadang saya seolah-olah melihat refleksi diri sendiri melalui keletah Syifa’. Sungguh lucu apabila menyaksikan dirinya menggoyangkan kaki setiap kali teruja dengan sesuatu ataupun menggosokkan mata ketika mengantuk.
Walau apa pun, saya dan suami sentiasa berdoa agar “penawar” kami ini dikurniakan dengan sifat-sifat mahmudah agar dapat memandu dirinya menjadi Muslimah yang berguna untuk keluarga, agama, bangsa dan negara.” Beritahu Syahadah yang turut mengakui Syifa’ merupakan bayi tidak banyak mendatangkan masalah serta mudah diuruskan sementelah dia memikul tanggung jawab sebagai isteri, ibu, pelajar dan ahli perniagaan dalam masa yang serentak.
Dapatkan Majalah Pa&Ma keluaran Julai 2010 di pasaran.
| Salmon Panggang Bersos Lemon |
![]() |
Makanan dari laut kaya dengan protein, vitamin dan mineral yang perlukan oleh tubuh manusia. Oleh yang demikian, janganlah sesekali mengabaikan pengambilannya dalam diet harian anda... |
» Halia atasi kembung
» Elakkan anak kencing malam
» Hilangkan parut
» Payudara kembali anjal


