Lelaki
Tazim
Kehormatan
Tawqir
Kejayaan diizinkan oleh Allah
Tariq
Bintang subuh, pengetuk hati
Perempuan
Umamah
Cucu Rasulullah SAW dari Zainab
Uzdah
Ada unsur kelebihannya
Urjuwanah
Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah
Nama Ibu

Nama Bayi
Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry

Telatah Alyssa kuatkan azam ibu

Nama bayi: PUTRI ALYSSA DANIA
Tarikh lahir: 11 FEBRUARI 2010
Kegemaran: SUKA MENGHISAP JARI
Nama ibu: HAZIMA NADIA BINTI MOHAMAD MUHTAR
Nama bapa: MOHD AZMAN BIN MOHD ALI

Telatah Alyssa yang ada kalanya tersenyum manis kala menyusu, menguatkan lagi azam ibunya untuk meneruskan penyusuan susu ibu selama yang boleh.

Keistimewaan penyusuan susu ibu sememangnya diketahui umum dapat mengeratkan perhubungan ibu dan si anak. Fakta ini diakui sendiri oleh Nadia, ibu kepada si comel Alyssa.

Selanjutnya Nadia bercerita, “Fitrah penyusuan susu ibu memerlukan bayi berada rapat dengan ibunya bagi menjayakan sesi penyusuan yang berlangsung. Jadi, setiap kali Alyssa dirapatkan ke tubuh saya, timbul suatu perasaan yang sukar digambarkan. Apatah lagi, ada waktunya, ketika menyusu di atas riba, dia akan merenung saya sambil memberikan senyuman manis. Betapa istimewanya saat itu.

Saya bertuah kerana menjadi salah seorang ibu yang berupaya menyalurkan khasiat susu ibu kepada Alyysa di samping mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara kami berdua.”

Akibat kekangan maklumat tentang penyusuan susu ibu sewaktu mengendalikan anak sulung membuatkan Nadia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Lantas, sebelum disahkan hamil buat kali kedua, ibu muda ini menanam tekad mahu menyusukan bayi barunya dalam tempoh waktu lebih daripada dua bulan.

“Dahulu abang Alyssa, Aqueed cuma disusukan selama dua bulan sahaja. Oleh kerana itulah, sebaik mengetahui diri hamil lagi, saya mula melakukan pencarian maklumat khusus berkenaan penyusuan susu ibu. Syukur, melaluinya azam saya untuk menyusukan anak kedua bertambah kuat. Selain daripada itu, saya juga melakukan persediaan awal dengan membeli peralatan penyusuan seperti pam payu dara, pad payu dara dan aksesori berkaitan penyusuan susu ibu sebelum Alyssa lahir lagi.

Pengalaman menyusukan Aqueed sejurus selepas dia lahir juga banyak mengajar saya teknik yang betul menyusukan bayi baru lahir. Saya sangat seronok dan tidak sabar untuk menyusukan Alyssa selepas dia selamat dikeluarkan. Walaupun mengalami sakit belakang disebabkan bius epidural, saya tabah menyusukan dia buat pertama kali. Apa yang pasti saat itu menjadi momen paling indah buat diri saya.”

 

Dapatkan Majalah Pa&Ma keluaran Ogos 2010 di pasaran.