| Lelaki |
|---|
| Tazim Kehormatan |
| Tawqir Kejayaan diizinkan oleh Allah |
| Tariq Bintang subuh, pengetuk hati |
| Perempuan |
| Umamah Cucu Rasulullah SAW dari Zainab |
| Uzdah Ada unsur kelebihannya |
| Urjuwanah Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah |
![]() |
Nama Ibu Nama Bayi Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry |
Susui cara mesra bayi
Bersempena dengan Minggu Penyusuan Sedunia tahun ini, tema yang dipilih untuk menggalakkan penyusuan susu ibu adalah Penyusuan ibu: Hanya 10 langkah! Menurut cara
mesra bayi (Breastfeeding: Just 10 steps! The baby friendly way)
Menurut Rita Rahayu, antara objektif Minggu Penyusuan Sedunia 2010 adalah seperti berikut: Untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap peranan 10 langkah dalam penyusuan eksklusif.
*Untuk menggiat semula aktiviti dalam kalangan sistem kesihatan, penyedia perkhidmatan kesihatan dan komuniti dalam memberi sokongan terhadap wanita untuk mencapai hasrat penyusuan ibu mereka.
*Untuk memaklumkan orang ramai di serata tempat bahawa perlindungan, promosi dan sokongan penyusuan ibu adalah hak ibu, hak bayi serta hak asasi manusia.
*Untuk membolehkan wanita dan semua yang pihak yang prihatin tentang hak asasi manusia memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan sistem penjagaan kesihatan yang menyokong penyusuan ibu.
*Untuk memastikan kakitangan kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada ibu dan bayi mendapat latihan secukupnya dalam memberi nasihat dan sokongan tentang pemakanan bayi yang optimum.
10 langkah ke arah penyusuan ibu yang berjaya
Setiap kemudahan yang menyediakan perkhidmatan perbidanan dan penjagaan bayi baru lahir perlu:
1. Mempunyai polisi penyusuan ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
3. Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan ibu.
4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.
5. Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan penghasilan susu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka.
6. Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu (rooming-in) - membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari.
8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu.
10. Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik.
Cabaran yang masih ada
Sepuluh langkah telah dibentangkan pada 1989 sebagai kenyataan bersama WHO/UNICEF dalam usaha Perlindungan, Promosi dan Sokongan Penyusuan Ibu: Suatu peranan istimewa dalam Perkhidmatan Perbidanan. Deklarasi Innocenti pada 1990 itu, menyeru dunia untuk melaksanakan Sepuluh langkah ini secara menyeluruh di semua agensi perbidanan menjelang 1995.
Dua dekad kemudian, lebih 152 buah negara telah mempunyai hospital Rakan Bayi. Mereka telah melaksanakan 10 Langkah dan dengan penambahan beberapa bahagian berkenaan dari Kod Tata Etika Pemasaran Gantian Susu Ibu Antarabangsa, telah membantu untuk menghalang promosi susu formula kepada pengamal penjagaan kesihatan
dan orang awam.
Pada hari ini lebih 20,000 buah kemudahan perbidanan di seluruh dunia dilaporkan pernah mencapai status Rakan bayi. Baby Friendly Hospital Initiative (BFHI) telah meningkatkan penyusuan eksklusif pada peringkat tempatan, kebangsaan dan sedunia. Peningkatan kadar penyusuan adalah faktor utama penurunan dalam kadar kematian bayi (UNICEF 2009).
Semakan amalan mesra-bayi mengambil kira saranan set 10 langkah untuk program di luar hospital, iaitu tempat-tempat kesihatan lain dan di dalam komuniti. Didapati, apabila 10 Langkah diterapkan di hospital, sokongan berasaskan komuniti jelas menambahkan keberkesanannya. Tetapi, apabila hanya sebahagian sahaja dari 10 Langkah ini dilaksanakan, usaha penyusuan ibu yang lain juga menjadi kurang berkesan.
Walaupun didapati bukti tentang potensi manfaat 10 Langkah ini semakin bertambah, malangnya, laporan tentang kurangnya kerjasama, kemerosotan amalan hospital dan kurang latihan ke atas kakitangan kesihatan untuk memberi nasihat kepada ibu masih diterima.
Oleh itu, telah tiba masanya untuk menggiatkan semula perlaksanaan 10 langkah di hospital, di tempat penjagaan kesihatan yang lain serta di dalam komuniti dan kembali menuju ke arah cara mesra-bayi.
Ke arah sokongan Hospital Rakan Bayi
Pada tahun 2007, UNICEF dan WHO telah menyiapkan kemas kini dan semakan bahan BFHI yang lebih mesra pengguna dan memperkenalkan pendekatan baru iaitu mesra-bayi melangkaui bidang perbidanan.
Beberapa buah negara memanggil inisiatif ini sebagai “Mesra Ibu dan Bayi”, namun sejak akhir-akhir ini, idea baru tentang inisiatif ini iaitu Inisiatif Kelahiran Mesra Ibu dan Bayi Antarabangsa (IMBCI): 10 Langkah ke Arah Perkhidmatan Perbidanan Optimum, yang merangkumi 9 langkah agar ibu dan kelahiran dapat mengurangkan campur tangan yang tidak perlu semasa proses pelahiran dan bersalin. Langkah kesepuluh adalah 10 langkah ke arah penyusuan ibu yang berjaya.
Dengan mengikuti cara mesra-bayi, kadar penyusuan dapat ditingkatkan, dan memperbaiki tahap kesihatan ibu dan bayi di seluruh dunia.
Amalan Mesra- Penyusuan
Kita tahu bahawa dengan pertambahan amalan 10 langkah ini, semakin tinggi kemungkinan wanita berjaya mencapai matlamat penyusuan susu ibu mereka. Ini mengesahkan tentang kepentingan untuk setiap pusat perbidanan, hospital, klinik dan komuniti berusaha meningkatkan langkah di setiap tempat, walaupun mereka mendapati amat sukar untuk mencapai kesemua 10 langkah dalam satu masa. Dengan cara itu, semua hospital akan berasa lebih mudah untuk melaksanakan setiap satu langkah baru!
Dengan mengamalkan laluan 10 Langkah bersama 10 ''Langkah Permulaan'' yang dipercayai, akan membawa kita jauh ke hadapan!!
Dapatkan Majalah Pa&Ma keluaran Ogos 2010 di pasaran.
| Puri Keledek |
![]() |
Ubi keledek mengandungi pelbagai jenis khasiat dan salah satu daripadanya ialah sebagai bahan pencegah barah. BAHAN-BAHAN : Keledek CARA... |
» Halia atasi kembung
» Elakkan anak kencing malam
» Hilangkan parut
» Payudara kembali anjal


