Musim cuti sekolah sudah bermula, pastinya anda mempunyai rancangan untuk membawa anak bercuti. Jadi anda tentunya tidak sabar untuk membeli baju untuk anak bergaya waktu bercuti bersama keluarga. Namun untuk memilih baju anak anda, jangan kerana terlalu memikirkan jenamanya, sebaliknya biarkan baju untuk selesa untuknya. Teliti sebelum mengambil keputusan untuk membeli pakaian untuk anak anda. Ikuti panduan seperti berikut. Jenis kain Untuk memastikan anak dapat memakai pakaian dengan selesa walaupun dalam cuaca panas, pilihan kain jenis kapas adalah terbaik. Ia mudah menyerap peluh berbanding pakaian jenis nilon dan polyester yang menyebabkan peluh tidak dapat diserap. Akibatnya peluh anak berlebihan. |
Aksesori pada baju Jangan terlalu memilih baju yang mempunyai aksesori seperti manik, bunga atau tali kerana dibimbangkan bayi akan menggigit, dan mungkin tercekik apabila memasukkan dalam mulutnya. Apa yang penting pilihlah jenis yang ringkas iaitu tidak terlalu banyak aksesori yang berbahaya pada bahagian dadanya. Biarlah tampak ringkas, asalkan bayi anda selamat. |
Saiz pakaian Kadang kala, ada segelintir ibu bapa suka membeli baju bayi mengikut bentuk tubuh dengan alasan kelihatan comel apabila dipadankan pada bayi. Namun hati-hati, jika baju itu terlalu ketat iaitu pada bahagian leher, ketiak, pinggang dan perut. Ini kerana ia mungkin mengakibatkan ruam pada anak itu, sekali gus menyebabkan rasa tidak selesa untuk bergerak. Ini berlaku kerana kulit bayi masih nipis dan agak sensitif. Namun, ini tidak bermakna anda perlu memilih baju yang bersaiz besar. Cuma anda perlu pastikan baju itu sesuai dengan bentuk tubuhnya. |
| | Butang Ramai yang tidak menyedari bahawa butang baju juga mempengaruhi rasa keselesaan pada bayi. Pemilihan butang baju pada bahagian belakang dan dari bahan logam akan menyakiti badan bayi. Tambahan pula bayi masih dalam posisi telentang dan ini akan menyakiti bahagian belakangnya. Pilihan baju yang mempunyai butang pada bahagian hadapan dan pada bahu akan memudahkan proses menukar baju dengan mudah tanpa menyakiti bayi yang lembut anggota badannya. |

Gaun smock Cantik sekali dipandang mata apabila si kecil bergaya dengan gaun smock. Namun, ketika membeli, pemilihan gaun ini mestilah jenis kain kapas dan kerutan (smock) tidak terlalu ketat pada bahagian dada. Bayi tidak akan merasa selesa apabila smock itu terlalu menekan pada bahagian dadanya sehingga membuatkan bayi sukar untuk bernafas dengan selesa. Sebaiknya pilihlah model smock yang longgar pada bahagian dada. Gaun yang tanpa lengan lagi elok supaya bayi tiada merasa rimas dan panas. |
|
|