Lelaki
Tazim
Kehormatan
Tawqir
Kejayaan diizinkan oleh Allah
Tariq
Bintang subuh, pengetuk hati
Perempuan
Umamah
Cucu Rasulullah SAW dari Zainab
Uzdah
Ada unsur kelebihannya
Urjuwanah
Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah
Nama Ibu

Nama Bayi
Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry

Tadika Tunas Tia Bestari Jana Jati Diri

Ia sebuah tadika yang menyediakan suasana penerimaan rakan sebaya, pembelajaran bahasa secara khusus, rangsangan minda, kemahiran motor kasar dan halus yang sesuai mengikut kadar perkembangan mereka. Begitulah Tadika Tunas Ria Bestari, Kampung Sungai Udang, Klang.

“Dengan motto ‘A Child who start ahead stays ahead’, tadika Islam berbahasa Inggeris ini, memastikan pelajar-pelajarnya yang berakhlak mulia, seimbang dalam semua perkembangan kanak-kanak, bersikap berdikari dan boleh bergaul dalam masyarakat majmuk sebagai seorang muslim. Juga memastikan pelajar-pelajarnya terhadapan dalam semua hal di peringkat awal dengan sentiasa menerapkan motivasi dan mempunyai jati diri yang kuat dalam diri setiap kanak-kanak di sini.

Sehubungan itu, Menurut pengetua tadika ini, Hjh. Rahana Hj. Zakaria, untuk memastikan pembelajarannya cemerlang, tadika ini memastikan setiap pelajar di sini dapat belajar
bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Jawi dengan mudah, penggunaan teknik-teknik terkini yang cepat dan menyeronokkan diguna pakai kepada kanak-kanak di sini.

“Di samping itu, untuk membentuk perkembangan minda kanak-kanak di sini, pendekatan berasaskan kepada pemerhatian-pemerhatian digunakan di sini. Ini kerana secara fitrah kanak-kanak peringkat umur 4 hingga 6 tahun, dikurniakan tenaga yang begitu banyak untuk membantu tumbesaran mereka yang seimbang.

“Jadi mereka ini mempunyai kecenderungan minat dan kreativiti semula jadi yang tinggi untuk meneroka dunia sekeliling mereka. Mereka juga mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dalam dirinya.

“Di samping itu, pada peringkat awal tahun pembelajaran, mereka juga dilatih supaya beradab terhadap guru-guru, kawan-kawan, persekitaran sekolah, semasa dalam bilik darjah dan seterusnya mempunyai disiplin diri yang tinggi.

“Cara ini mendidik mereka supaya menjadikan tadika ini sebagai rumah ‘kedua’ mereka, begitu juga dengan tenaga pengajar di sini, yang dianggap sebagai ‘ibu kedua’.

Suasana ini perlu diwujudkan supaya kanak-kanak dapat belajar dalam suasana yang harmoni dan rasa seronok ketika berada dalam persekitaran tadika,”jelasnya.

Bagaimanapun, Hjh. Rahana tidak menafikan bahawa kanak-kanak mempamerkan karenah yang sukar ditangani oleh guru seperti cepat merajuk, suka memukul kawan, tidak fokus, cepat menangis, membiarkan diri jadi mangsa, cepat bosan dan mengeluarkan kata-kata tidak sopan.

“Lazimnya apabila menghadapi situasi ini kami akan memberi khidmat kaunseling secara psikologi kepada kanak-kanak itu. Dan pada masa yang sama ibu bapa akan dijemput untuk berbincang. Tingkah laku negatif ini cepat di atasi apabila terdapat kerjasama yang dua hala iaitu tindakan di tadika dan juga di rumah.

Juga sebagai sebuah tadika Islam, kami mempunyai kurikulum Islam iaitu kelas hafalan doa dan surah, solat, bahasa Arab, tulisan Jawi dan pendidikan Islam.

 

Dapatkan Majalah PA&MA keluaran Jun 2010 di pasaran.