| Lelaki |
|---|
| Tazim Kehormatan |
| Tawqir Kejayaan diizinkan oleh Allah |
| Tariq Bintang subuh, pengetuk hati |
| Perempuan |
| Umamah Cucu Rasulullah SAW dari Zainab |
| Uzdah Ada unsur kelebihannya |
| Urjuwanah Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah |
![]() |
Nama Ibu Nama Bayi Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry |
Alat pemantau bayi dari jauh

Bayi yang masih kecil memerlukan penjagaan yang teliti daripada ibu bapanya tanpa mengira masa dan tempat. Begitu juga dengan bayi yang mempunyai kamar sendiri, sekali gus, bayi ini akan tidur sendirian sama ada waktu siang atau malam. Runsing jika tidak dapat mendengar tangisan bayi ketika berada di ruang tamu atau dapur, alat kawalan bayi atau lebih dikenali sebagai monitor bayi dapat menyelesaikan masalah anda.
Ia merupakan salah satu kelengkapan bayi yang boleh dibeli jika anda mempunyai lebih bajet. Antara ciri-ciri alat ini ialah kecil, mudah dialihkan ke tempat lain, ringan dan dipasang dalam kamar si kecil atau yang berhampiran dengannya. Ia terdapat dua jenis iaitu sehala (visual/ audio) dan dua hala (visual/ audio/visual+audio). Kini terdapat pelbagai jenis dan jenama di pasaran untuk anda membuat pilihan. Terdapat beberapa perkara yang perlu anda teliti sebelum membelinya antaranya ialah:
Jarak
Ketahui keluasan rumah sebelum membeli alat kawalan suara bayi ini. Ini kerana alat ini mempunyai jarak yang berbeza mengikut tahap audio atau visual. Teliti jarak yang paling maksimum yang boleh dicapai oleh alat ini supaya penggunaannya berbaloi apabila anda membelinya.
Tanpa wayar
Kini terdapat pelbagai pilihan di pasaran. Jika anda mahukan alat yang mudah untuk di bawa keluar kawasan rumah, sesuai sekali pilihan yang tidak menggunakan wayar. Malah
ia lebih fleksibel dan tidak terhad kepada satu lokasi sahaja. Malah jika ia jenis yang kecil, mudah untuk anda ikat pada pinggang. Mudah untuk anda membawa ke mana sahaja sambil membuat kerja rumah.
Jenis sehala dan dua hala
Terdapat monitor bayi jenis sehala (anda mendengar suara bayi) dan dua hala iaitu anda boleh bercakap dengan bayi dan mendengar suaranya, dengarkan muzik atau apa sahaja yang anda ingin hiburkannya. Jenis walkie talkie ini sangat membantu anda untuk membangunkan cara ‘lembut’ bayi anda.
Kualiti suara
Kejelasan suara anda dan bayi penting supaya anda dapat mengesan apa sahaja yang berlaku dalam bilik bayi walaupun dalam jarak agak jauh. Keadaan ini penting untuk memastikan bayi anda tidak menangis terlalu lama dan hanya bersuara sekejap sebelum tidur semula.
Lampu kecil
Pencahayaan adalah antara keperluan untuk memilih alat ini. Lampu kecil ini boleh membantu bayi merasa selesa dan selamat ketika berada dalam bilik ini. Kamar yang terlalu gelap dan terlalu cerah membuat bayi tidak selesa. Sekali gus mengganggu tidurnya. Pakej yang terdapat pada alat kawalan bayi ini merupakan aksesori yang juga boleh dijadikan pilihan.
Pengesan suhu bilik
Tidak semua alat kawalan ini menawarkan keperluan ini. Namun bagi mereka yang prihatin akan suasana suhu bilik dalam kamar si kecil, pastinya ia menjadi salah satu kriteria dalam pemilihan alatan ini. Kita semua tahu bahawa jika kamar itu terlalu sejuk atau panas ia boleh membuatkan bayi menangis, meragam dan tidak mahu tidur. Rasa tidak selesa ini mampu di atasi dengan adanya suhu digital pada alatan kawalan bayi yang dapat mengukur suhu bilik yang lazimnya pada 37°Celsius.
Pelbagai guna
Terdapat monitor bayi yang mempunyai aksesori lain seperti jam untuk mengingatkan waktu menyusu. Jenis ini sesuai sekali untuk mereka yang sibuk dengan kerjaya. Apa yang perlu, anda hanya tentukan masa untuk anda menyusukan bayi. Dengan ini, anda tidak culas pada waktu penyusuan bayi anda.
| Tat Telur |
![]() |
Nilai pencernaan sebiji telur ialah 100 peratus. Ini bermakna, telur terus dapat dicernakan dan diserap oleh usus secara keseluruhan. Proses pencernaan dan perkumuhan akan menjadi lancar. Sebab... |
» Halia atasi kembung
» Elakkan anak kencing malam
» Hilangkan parut
» Payudara kembali anjal


