| Lelaki |
|---|
| Tazim Kehormatan |
| Tawqir Kejayaan diizinkan oleh Allah |
| Tariq Bintang subuh, pengetuk hati |
| Perempuan |
| Umamah Cucu Rasulullah SAW dari Zainab |
| Uzdah Ada unsur kelebihannya |
| Urjuwanah Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah |
![]() |
Nama Ibu Nama Bayi Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry |
Taska Kasih Idora menyokong penyusuan susu ibu

Melihat kepada persekitaran taska ini, ia nampak sama seperti taska lain, namun hakikatnya taska yang baru beroperasi awal tahun ini, mempunyai keistimewaan tersendiri yang membuatkan penulis teruja untuk mengunjungi taska ini yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Begitulah Taska Kasih Idora yang menyokong penyusuan susu ibu. Walaupun tidak semua bayi dan kanak-kanak menyusu badan, sekurang-kurangnya taska ini memberi pilihan kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang menyusu untuk menghantar anak-anak mereka ke taska ini.
“Saya sebagai pemilik taska, berpengalaman menyusukan anak-anak sendiri (anak pertama setahun 2 bulan dan anak kedua 2 tahun 4 bulan) ketika saya masih bekerja. Juga saya melatih pengasuh-pengasuh tentang cara pengendalian susu ibu yang betul.
“Saya juga menggalakkan ibu-ibu yang menyusukan anak supaya datang ke taska pada bila-bila masa bagi menyusukan anak-anak mereka,” cerita Intan Idayu Zakaria yang merupakan pemilik taska ini mengenai pengalamannya mengenai penyusuan susu ibu.
Beliau berkata bahawa begitu memahami keluhan ibu-ibu apabila menghadapi masalah untuk menghantar anak-anak yang menyusu badan ke taska atau rumah pengasuh. Ini kerana banyak taska atau rumah pengasuh tidak tahu dan faham kenapa pentingnya ibu meneruskan penyusuan.
“Saya pernah dengar ada pengasuh yang geli dengan susu perahan, memberi bayi susu formula tanpa pengetahuan ibu bapa (pernah terjadi kepada anak saya sendiri) dan mengendalikan susu perahan dengan cara yang salah. Saya juga pernah dengar ibu bapa disuruh bekalkan susu formula dengan alasan susu perahan tidak cukup.
“Ada juga ibu bapa disuruh terus memberhentikan pemberian susu badan kerana pengasuh tidak mahu mengendalikan susu perahan. Atas sebab-sebab inilah saya membuka taska bagi memberi peluang kepada ibu-ibu yang menyusukan anak-anak mereka meneruskan penyusuan,”jelasnya mengenai pengalamannya.
Dalam pada itu, untuk memastikan kualiti penjagaan anak-anak di sini dalam keadaan terbaik, Intan memastikan had bilangan kanak-kanak yang dijaga di taska tidak terlalu ramai supaya pengasuh dapat memberi perhatian penuh kepada kanak-kanak.
“Bagi bayi berumur bawah setahun, seorang pengasuh akan menjaga 4 bayi. Bagi kanak-kanak berumur setahun ke 3 tahun, seorang pengasuh akan menjaga 5 kanak-kanak. Hanya kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah sahaja dijaga di taska ini. Ini untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman bayi dan kanak-kanak kecil daripada diganggu oleh kanak-kanak besar dan yang sudah bersekolah,”jelasnya.
Tambah beliau lagi, sebagai pusat jagaan kanak-kanak mempunyai pelbagai pendekatan yang digunakan untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk belajar. Misalnya permainan bebas akan membantu perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak. Selain itu, kanak-kanak juga belajar melalui sesi nyanyian dan bercerita yang membantu perkembangan bahasa dan sosio-emosi kanak-kanak. Penggunaan buku bergambar juga penting bagi membantu perkembangan bahasa kanak-kanak.
Bagi bayi berumur bawah setahun, pengasuh akan menyanyi, membelai bayi, bermain cak-cak bersama bayi. Permainan yang sesuai dengan bayi adalah mainan yang berbunyi seperti rattles, bertekstur seperti buku kain bergambar, blok binaan dan sebagainya.
Dapatkan Majalah Pa&Ma keluaran Ogos 2010 di pasaran.
| Pai Daging |
![]() |
Selain daging lembu, anda boleh juga menggantikannya dengan daging ayam BAHAN-BAHAN :... |
» Halia atasi kembung
» Elakkan anak kencing malam
» Hilangkan parut
» Payudara kembali anjal


