Lelaki
Tazim
Kehormatan
Tawqir
Kejayaan diizinkan oleh Allah
Tariq
Bintang subuh, pengetuk hati
Perempuan
Umamah
Cucu Rasulullah SAW dari Zainab
Uzdah
Ada unsur kelebihannya
Urjuwanah
Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah
Nama Ibu

Nama Bayi
Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry

MENU SEHARI BAYI 8 HINGGA 12 BULAN

Tidak tahu merancang menu untuk bayi kesayangan anda? Teruskan bersama  NAROSWATI NAIB dengan cadangan menu sehari untuk si kecil.

SARAPAN
+Susu badan/susu formula
+Bijirin bayi
+Pisang

MAKAN TENGAH HARI
+Susu badan/susu formula
+Bubur nasi bersama ayam dan lobak merah

MAKAN MALAM
+Susu badan/ susu formula
+Sup krim labu

INFO
Labu
Labu kaya dengan vitamin A dan beta carotene. Beta carotene mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

Pisang
Pisang merupakan sumber nutrisi yang hebat kerana mengandungi
mineral dan vitamin penting yang diperlukan oleh tubuh. Antaranya ialah potasium, serat, vitamin B6, C dan B2.

Ayam
Ayam kaya protein dan zat besi. Ayam juga mudah dihadamkan dan paling disarankan sebagai makanan berdaging bayi yang pertama.

Lobak merah
Lobak merah kaya dengan beta carotene, vitamin A, C dan kalsium. Inilah sebabnya lobak merah sesuai untuk diberikan pada anak sebagai makanan pejal pertama mereka.