| Lelaki |
|---|
| Tazim Kehormatan |
| Tawqir Kejayaan diizinkan oleh Allah |
| Tariq Bintang subuh, pengetuk hati |
| Perempuan |
| Umamah Cucu Rasulullah SAW dari Zainab |
| Uzdah Ada unsur kelebihannya |
| Urjuwanah Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah |
![]() |
Nama Ibu Nama Bayi Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry |
Rancang menu anak
Tahukah anda bahawa sebenarnya merancang menu sihat untuk anak sangat mudah. Ingin tahu caranya? Patuhi sahaja langkah-langkah mudah berikut.
| Makanan seisi keluarga Alangkah bagusnya jika seisi keluarga dapat menikmati makanan yang sama setiap kali tiba waktu makan. Dengan cara ini barulah anak kecil anda tidak rasa terpinggir kerana makanannya tidak sama dengan makanan orang lain. Jadi, ketika merancang menu untuk anak, carilah menu yang boleh dinikmati seisi keluarga. | ![]() |
| 3 hidangan produk tenusu setiap hari Ketika merancang, jangan lupa masukkan tiga kali hidangan produk tenusu setiap hari seperti susu segar, yogurt dan keju ke dalam menu anak anda. Hasilnya, dia pasti akan mendapat kalsium yang secukupnya untuk tumbesaran. | ![]() |
| Simpanan makanan yang cukup Pastikan anda sentiasa menyimpan stok makanan yang cukup. Hal ini penting bagi memudahkan proses penyediaan makanan kelak. Walau bagaimanapun, pastikan stok makanan yang disimpan itu berkhasiat. | ![]() |
| Rancang awal Agar anda tidak tertanya-tanya dan pening kepala memikirkan tentang apakah menu yang ingin dihidangkan kepada anak setiap hari, buatlah perancangan awal. Cara ini juga akan dapat membantu anda mengelakkan pembaziran terutamanya ketika membeli barangan basah. | ![]() |
| Fikirkan menu yang ringkas Adalah satu kelebihan jika anda pandai mencipta menu yang ringkas tetapi berkhasiat. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang sentiasa sibuk. | ![]() |
| Piramid pemakanan Rancanglah menu harian anak berdasarkan piramid pemakanan. Kepelbagaian kumpulan makanan dapat memberikan nutrien yang diperlukan oleh anak anda untuk membesar dengan sihat. Makanan beraneka jenis juga dapat mengelakkan anak rasa bosan terhadap makanan yang anda hidangkan kepadanya. |
| Salmon Panggang Bersos Lemon |
![]() |
Makanan dari laut kaya dengan protein, vitamin dan mineral yang perlukan oleh tubuh manusia. Oleh yang demikian, janganlah sesekali mengabaikan pengambilannya dalam diet harian anda... |
» Halia atasi kembung
» Elakkan anak kencing malam
» Hilangkan parut
» Payudara kembali anjal







