Lelaki
Tazim
Kehormatan
Tawqir
Kejayaan diizinkan oleh Allah
Tariq
Bintang subuh, pengetuk hati
Perempuan
Umamah
Cucu Rasulullah SAW dari Zainab
Uzdah
Ada unsur kelebihannya
Urjuwanah
Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah
Nama Ibu

Nama Bayi
Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry

Frim dan Tetra Pak komitmen pada pendidikan alam sekitar

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Inilah hasrat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Tetra Pak (Malaysia) Sdn. Bhd. Dengan pelancaran Pusat Pendidikan Alam Sekitar (EEC). Dilancarkan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia dan Ulang tahun ke-25 FRIM, EEC telah ditubuhkan untuk bertindak sebagai landasan untuk FRIM menganjurkan ceramah, bengkel dan aktiviti berkumpulan kepada orang ramai dan pengunjung terutamanya para pelajar sekolah.

Dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan FRIM, Tetra Pak melancarkan peraduan kitar semula kotak minuman dan program alam sekitar di 25 buah sekolah rendah di Lembah Klang. Seterusnya hasil kutipan daripada sekolah-sekolah itu, Tetra Pak telah menyumbangkan RM10,000 untuk penubuhan EEC yang terletak berdekatan dengan tapak perkelahan Sungai Kroh dan dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat. Manakala 9 pagi hingga 12 tengah hari pada hari Sabtu.

Turut hadir memberikan sokongan antaranya Ketua Program Eko Pelancongan dan Hutan Bandar, FRIM, Dr Noor Azlin Yahya, Pengarah Komunikasi dan Alam Sekitar Tetra Pak, Terrynz Tan dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FRIM, Dr. Abdul Rahim Nik.

Dapatkan Majalah Pa&Ma keluaran Ogos 2010.