| Lelaki |
|---|
| Tazim Kehormatan |
| Tawqir Kejayaan diizinkan oleh Allah |
| Tariq Bintang subuh, pengetuk hati |
| Perempuan |
| Umamah Cucu Rasulullah SAW dari Zainab |
| Uzdah Ada unsur kelebihannya |
| Urjuwanah Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah |
![]() |
Nama Ibu Nama Bayi Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry |
HAMIL BUKAN BERERTI HENTI BERSOSIAL
Usah jadikan kehamilan sebagai alasan untuk menjadi katak di bawah tempurung. Jika dahulu, anda lasak dan aktif, ketika hamil pun anda masih boleh. Ketahui panduannya bersama INTAN JASTINA JAMALUDDIN. Sejujurnya, mengekalkan gaya hidup sebelum hamil mudah sahaja walaupun pada masa yang sama masih terpalit kesukarannya. Jika diperhatikan daripada satu sudut, ia kelihatan sukar kerana anda perlu mengehadkan beberapa aspek tertentu. Hal ini kerana anda dikhuatiri mengalami keguguran atau perlu berhadapan dengan pelbagai komplikasi yang boleh memburukkan keadaan. Namun, janganlah terlalu khuatir. Lihat pada sudut yang positif. Adalah suatu kesalahan besar apabila anda memikirkan bahawa bayi di dalam kandungan sihat dan kehamilan akan berjalan lancar jika anda berubah menjadi pasif. Maka dengan itu, anda dituntut untuk kekal aktif bersosial sambil menjaga kesihatan dan kesegaran tubuh. Ingatlah! Rahim yang dari sehari ke sehari makin membesar itu bukan bermaksud anda hanya perlu duduk diam di rumah tanpa melakukan aktiviti-aktiviti sosial bersama ahli keluarga dan kawan-kawan yang lain.
| |||
| Pasta Ayam Chunky |
![]() |
Pasta mengandungi khasiat protein dan karbohidrat yang diperlukan oleh bayi. Strukturnya yang lembut memudahkan anak menikmati hidangan ini dengan penuh selera. Penyediaan sos yang pelbagai dan... |
» Halia atasi kembung
» Elakkan anak kencing malam
» Hilangkan parut
» Payudara kembali anjal


