Lelaki
Tazim
Kehormatan
Tawqir
Kejayaan diizinkan oleh Allah
Tariq
Bintang subuh, pengetuk hati
Perempuan
Umamah
Cucu Rasulullah SAW dari Zainab
Uzdah
Ada unsur kelebihannya
Urjuwanah
Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah
Nama Ibu

Nama Bayi
Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry

Damia & Dariea ceriakan hati Ummi

BIODATA
Nama : Sharifah Shazreen Al Yahya
Usia : 30 tahun
Pekerjaan : Suri rumah dan berniaga kedai baju dan aksesori
Nama suami : Rosmadi Ismail
Usia : 38 tahun
Nama anak : Amanna Damia & Awra Dariea
Tarikh lahir : 31 Oktober 2006 &
9 Januari 2009

Bertarung nyawa untuk memiliki kedua-dua cahaya mata yang kini merupakan sinar bahagia bagi ibu berdarah kacukan Arab ini merupakan kepuasan sebenar dirinya. HASNITA SAWAL mengintai diari kehidupannya bersama dua jantung hatinya.

Gelak tawa Damia dan Dariea ketika bermain memberi keceriaan kepada ibu yang lebih selesa dipanggil Erin ini. Bahkan saat tersebut juga amat dinantikan tatkala keluar tanpa membawa dua jantung hatinya bersama. Pabila bangkit dari tidur dan terdengar suara mereka bermain bersama di depan televisyen sambil usik mengusik mencambahkan lagi rasa sayang.

Justeru tidak hairanlah setiap kali keluar rumah tanpa membawa mereka bersama, pasti ada sahaja buah tangan daripada ibu tersayang. Menurut Erin, dia seronok melihat  saat anak-anaknya berwajah ceria menerima sesuatu yang dibawa pulang.

Tatkala memerhatikan gelagat mereka, rasa seperti tidak percaya kesukaran yang perlu dilalu saat mengandungkan mereka sembilan bulan.

Pengalaman hamil anak pertama dan kedua masing-masing punya cerita tersendiri yang dianggap sebagai ujian dari Ilahi.

“Di awal kehamilan, saya mengalami sedikit tumpah darah dan doktor menasihatkan supaya saya berehat selama sebulan sehingga kandungan betul-betul stabil.

Sehari sebelum melahirkan anak, saya dimasukkan ke wad kerana air ketuban sudah keluar dan bayi boleh lemas. Saya sangat takut menghadapi saat pertama melahirkan anak hingga tidak tidur semalaman.

Akibatnya Erin kehilangan tenga untuk melahirkan anak dan mengambil suntikan epidural. Tetapi hingga ke petang masih tidak melahirkan anak malah tiada gesaan atau sakit tetapi rasa tidak selesa membuatkan dia meminta jururawat memeriksa pintu rahimnya.

Hampir dua jam barulah bayi keluar tetapi tiada suara tangisan kedengaran kerana dia lemas. Selepas 10 minit barulah bayi pertamanya menangis.

Saat manis
Pengalaman lebih teruk dialami semasa hamil anak kedua hinggakan tidak boleh makan dan minum malahan akan muntah walaupun minum air kosong.

“Hidup saya banyak dihabiskan di atas katil sahaja sepanjang hamil. Hospital juga sudah menjadi seperti rumah kedua, setiap minggu terpaksa masuk air vitamin untuk memberi tenaga. Tangan juga habis berlubang-lubang akibat dicucuk,” ceritanya bersyukur kerana lebih mudah melahirkan anak kedua yang seberat 4.25kg secara normal tanpa luka dan jahitan.

Menurut Erin melahirkan anak kedua merupakan pengalaman pertamanya merasai sakit bersalin. Selain itu saat pertama kali dapat menyentuh pipi bayi yang mulus bagaikan sukar dipercayai dirinya telah bergelar ibu.

“Rasa terharu dan bahagia sangat mengalami pengalaman itu. apatah lagi saya susah nak dapatkan anak pertama sebab pernah melakukan laparoscopy kerana ada masalah cyst ovari.”

Menghargai kelahiran anak-anak yang memberikan sinar kebahagiaan dalam hidup ibu ini, dia punya cara tersendiri untuk mereka.

Bahkan barang-barang pertama yang dibeli untuk anak-anaknya tetap disimpan sebagai kenangan hingga mereka dewasa kelak. Untuk puteri pertamanya, Erin membelikan gelang kaki sementara seutas gelang tangan pula dibelikan untuk anak keduanya.

Tetapi menurut Erin lagi, sebenarnya barang yang paling disayangi dan akan disimpan selama-lamanya adalah tali pusat kedua-dua anaknya.

“Saya simpan tali pusat mereka bersama dalam satu kotak dan tersimpan baik di dalam almari saya kerana itulah tanda paling berharga buat ibu dan anak.”

Air tangan ibu
Lumrah kanak-kanak sekarang bijak bercakap dan tidak takut dengan orang. Mungkin mereka ini terlalu banyak terdedah pada rangsangan dan teknologi.

Melihat gaya anak sulung Erin sendiri, dapat dibuat kesimpulan yang gadis kecil berwajah ala Jepun ini suka bercakap. Biarpun awalnya agak pemalu tetapi lama-kelamaan banyak juga butir bicara keluar dari mulutnya.

“Anak pertama saya ni daripada kecil memang suka bercakap, lebih-lebih lagi kalau kena orang yang melayan pun banyak cakap. Macam-macam soalan dia akan tanya. Kegemaran dia bergaya, duduk di rumah pun nak pakai minyak wangi,dia agak garang sikit, tapi kelakar dan senang berkawan. Peramah orangnya, tak kiralah dengan orang tua ataupun budak, senang berbicara.

Yang kedua pula agak pemalu, tapi suka buat aksi yang melucukan, dia gemar lihat iklan di televisyen, ikut mimik muka dan gelagat orang dan mudah tersenyum serta manja tapi mudah juga menangis, sensitif orangnya,” Erin memberitahu karektor kedua orang puterinya.

Bergelar suri rumah merupakan kelebihan kepada Erin untuk memberi tumpuan terhadap pendidikan anak-anaknya. Tugas harian sebagai ibu dan isteri menjadi lebih mudah apabila masa yang ada banyak dihabiskan di rumah.

Lebih senang anak-anak menikmati makanan daripada air tangan ibu sendiri membuatkan Erin lebih selesa menyediakan sendiri bahan-bahan masakan dan menyimpannya sebagai stok agar mudah digunakan kala memasak. Biarpun ada pembantu rumah tetapi dia tetap mahu memasak untuk keluarga.

Lihat anak berjaya
Sudah menjadi kebiasaan seorang ibu mahukan anak-anaknya menjadi insan yang terbaik di matanya. Justeru jikalau anak melakukan kesalahan, wanita jelita ini akan terlebih dahulu memberi nasihat kepada anak-anaknya.

“Tetapi kalau mereka tidak mendengar juga, saya akan marah sedikit. Saya cakap kalau good girl tak boleh buat macam tu. Kalau buat juga, nanti Tuhan marah.”

Terkesan daripada nasihat tersebut, Damia sebagai anak pertama akan menggunakan kata-kata umminya untuk menasihatkan orang lain pula. Bercerita pula dari segi pembelajaran, walaupun belum menghantar anak-anaknya ke sekolah, tetapi Damia sudah didedahkan belajar mengaji menerusi CD Alif, Ba, Ta dan membaca A, B, C menggunakan kad imbasan.

Mengakhiri perbualan, Erin berkongsi impiannya untuk melihat anak-anak berjaya dalam hidup, menjadi anak-anak yang baik, pintar, soleh, taat pada ibu bapa selain menjadi insan yang penyayang, beriman dan mendoakan kesejahteraan ibu bapanya.

“Saya sentiasa berdoa agar mereka sentiasa dilindungi Allah SWT daripada sebarang perbuatan yang tidak baik dan memiliki keluarga yang bahagia ke akhir hayat,” demikian menurut ibu yang gemar menonton televisyen dan berbaring bersama anak-anak sebagai cara mengeratkan hubungan.