| Lelaki |
|---|
| Tazim Kehormatan |
| Tawqir Kejayaan diizinkan oleh Allah |
| Tariq Bintang subuh, pengetuk hati |
| Perempuan |
| Umamah Cucu Rasulullah SAW dari Zainab |
| Uzdah Ada unsur kelebihannya |
| Urjuwanah Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah |
![]() |
Nama Ibu Nama Bayi Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry |
Keadilan kepada anak-anak
S : Saya memiliki sepasang cahaya mata yang berlainan jantina. Bolehkah saya memberikan hadiah atau barang kepada salah seorang anak sementara seorang lagi saya tidak berikan apa-apa? Apa sebarang hukum berkenaan hal ini di dalam Islam?
Bapa penyayang,
Sungai Buloh, Selangor
J: Ibu bapa hendaklah bersikap adil kepada anak-anak semampu yang boleh, baik dalam urusan kasih sayang, perhatian, pendidikan, pembelian barang dan pemberian hadiah. Jika ibu bapa menjauhi sikap adil kepada anak-anak, dikhuatiri ia menimbulkan perasaan cemburu, dengki dan persaingan tidak sihat di antara anak-anak.
Bahkan kesannya juga mungkin dirasai oleh ibu bapa satu masa kelak di mana anak-anak pula yang akan tidak bersikap adil dalam berbakti kepada mereka.
Khusus berkenaan pemberian hadiah, Nu’man bin Basyir menerangkan bahawa ayahnya pernah memberinya sebuah hadiah namun ia dibantah oleh ibunya – Umrah binti Rawahah. Ibunya berkata dia tidak redha akan pemberian itu sehinggalah ia dipersaksikan oleh Rasulullah SAW. Lalu ayah Nu’man pergi berjumpa Rasulullah untuk meminta baginda mempersaksikan pemberiannya itu.
Namun Rasulullah bertanya : “Apakah kamu melakukan hal yang sama kepada semua anak-anak kamu?” Ayah Nu’man menjawab: “Tidak.” Maka Rasulullah bersabda: “Bertaqwalah kepada Allah dan bersikap adillah kepada anak-anak kamu.” Ayahku balik dan mengambil kembali pemberiannya itu. [Shahih Muslim, 1623-4]
Justeru bersikap adil kepada anak-anak, sama ada dalam persoalan memberi hadiah atau selainnya, termasuk ciri ketakwaan ibu bapa kepada Allah SWT dan dipandang berat oleh Islam.
| Omelet Enak |
![]() |
Selain menggunakan telur biasa, anda boleh menggunakan telur omega. Telur ini bukan sahaja rendah dengan kolesterol malah mengandungi khasiat omega yang penting untuk perkembangan otak anak. Jika... |
» Halia atasi kembung
» Elakkan anak kencing malam
» Hilangkan parut
» Payudara kembali anjal


