Lelaki
Tazim
Kehormatan
Tawqir
Kejayaan diizinkan oleh Allah
Tariq
Bintang subuh, pengetuk hati
Perempuan
Umamah
Cucu Rasulullah SAW dari Zainab
Uzdah
Ada unsur kelebihannya
Urjuwanah
Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah
Nama Ibu

Nama Bayi
Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry

Kurangkan lemak & gula

S: Setelah melahirkan anak, berat badan saya kembali ke asal iaitu 50kg. Namun, apa yang kurang menyenangkan ialah perut menggeleber dan kelihatan buncit. Ia kelihatan begitu ketara sehingga ramai menyangkakan saya hamil. Mohon pendapat tentang cara untuk saya mengatasi masalah ini.
Niza, Kampar, Perak

J: Masalah perut buncit akibat proses kehamilan perlu diatasi secepat mungkin selepas melahirkan anak. Kajian mendapati bahawa sekiranya masalah tersebut tidak diatasi dengan segera ia mungkin berkekalan atau menjadi lebih sukar untuk hilang di kemudian hari.

Untuk sementara waktu, kurangkan atau hentikan makanan atau minuman yang mengandungi minyak, gula pasir, santan, mentega, marjerin, tepung dan krim. Kurangkan juga pengambilan makanan-makanan seperti tempura, kuih-muih, roti, kerepek, keropok, mi, bihun, kuetiau, burger, kentang goreng dan lain-lain.

Sebaliknya, banyakkan makan sayur-sayuran beraneka warna kerana ia kaya dengan serat. Antara lain, minum 3 - 4 gelas, teh hijau setiap hari. Lakukanlah senaman ringan di pagi hari sebelum bersarapan atau semasa perut kosong selama 30 minit. Puan boleh melakukan push-up, sit-up atau senaman-senaman lain yang tertumpu kepada pergerakan otot perut.

Dapatkan Majalah Pa&Ma keluaran Julai di pasaran.