Lelaki
Tazim
Kehormatan
Tawqir
Kejayaan diizinkan oleh Allah
Tariq
Bintang subuh, pengetuk hati
Perempuan
Umamah
Cucu Rasulullah SAW dari Zainab
Uzdah
Ada unsur kelebihannya
Urjuwanah
Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah
Nama Ibu

Nama Bayi
Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry

Belum merangkak

S : Saya mempunyai seorang anak perempuan berusia lapan bulan. Dia mula meniarap semasa usianya genap empat bulan. Namun sehingga kini ia masih belum merangkak mahupun duduk. Perkara ini amat merisaukan fikiran saya kerana bayi seusianya yang saya temui di kalangan sahabat dan saudara telah pun berbuat demikian. Adakah perkembangan anak saya ini normal?
Ita, Melaka

J : Setiap kanak-kanak itu sebenarnya mempunyai milestone yang sama iaitu waktu untuk meniarap, merangkak, berjalan, berlari, bercakap dan seterusnya. Namun, bukanlah ia bermaksud ketika umur satu tahun misalnya mesti pandai berjalan atau umur dua tahun mesti pandai bercakap. Kebolehan bayi meniarap, merangkak, atau duduk itu adalah diklasifikasikan sebagai motor kasar. Jika puan berjumpa doktor atau jururawat di klinik, mereka akan menunjukkan carta atau jadual perkembangan motor kasar kanak-kanak. Contohnya, dari umur dua bulan bayi mula mengangkat dada apabila meniarap. Apabila meningkat ke sepuluh bulan bayi mula merangkak.

Jadi dalam tempoh enam ke 10 bulan kebiasaannya bayi merangkak. Kadangkala ada bayi yang cepat sedikit perkembangan motor kasarnya berbanding yang lain dan ada pula yang lambat sedikit berbanding yang lain. Selain itu, kemungkinan juga aktiviti bayi yang amat terbatas membuatkannya sedikit lambat berbanding bayi lain. Sekiranya bayi diletakkan di dalam katil bayi hampir sepanjang hari, mungkin ini akan membataskan pergerakannya. Akan tetapi sekiranya bayi diberi kebebasan di atas lantai (pastikan bersih) maka penerokaannya lebih luas dan menjadi pemangkin untuknya bergerak dan merangkak. Lebih-lebih lagi apabila dirangsang oleh ibu bapa atau pengasuhnya.