| Lelaki |
|---|
| Tazim Kehormatan |
| Tawqir Kejayaan diizinkan oleh Allah |
| Tariq Bintang subuh, pengetuk hati |
| Perempuan |
| Umamah Cucu Rasulullah SAW dari Zainab |
| Uzdah Ada unsur kelebihannya |
| Urjuwanah Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah |
![]() |
Nama Ibu Nama Bayi Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry |
Potty Training
S :Anak saya berusia setahun lima bulan dan bakal mempunyai adik. Adakah umurnya sesuai untuk potty training? Anak saya biasanya akan memberitahu sebelum dan selepas membuang air besar semasa memakai lampin pakai buang. Ada kalanya dia akan membuang air besar dengan cara mencangkuk di lantai semasa mandi.
Za
Sungai Besar,
Selangor
J: Setakat ini tiada umur tertentu yang membolehkan seorang kanak-kanak itu dilatih untuk potty training. Ia lebih bergantung kepada kesediaan kanak-kanak itu sendiri dan juga persediaan ibu bapa. Apabila anak-anak kita sudah mula pandai memberi bahasa isyarat (kerana bahasa pertuturannya belum lancar) atau memahami arahan dan peka tentang keadaan sekitarnya, ibu bapa bolehlah mula untuk potty training. Akan tetapi, ibu bapa juga perlulah bersedia. Ini kerana potty training memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi. Ada kalanya anak kita telah membuang air besar sebelum memberitahu ibu bapa. Maka, bertambahlah kerja si ibu untuk menguruskannya. Jika gagal mengawal kesabaran ini barangkali ibu bapa akan berhenti separuh jalan dan anak-anak masih keliru. Saya dapati anak puan sudah peka akan perubahan dirinya iaitu apabila mahu membuang air besar dia akan memberitahu puan. Jadi inilah masanya untuk puan memulakan potty training. Pastikan konsisten dan sabar.
| Sarapan Pisang |
BAHAN-BAHAN: 4 sudu NESTLE® Cerelac ® Infant Cereal Wheat |
» Halia atasi kembung
» Elakkan anak kencing malam
» Hilangkan parut
» Payudara kembali anjal

