Lelaki
Tazim
Kehormatan
Tawqir
Kejayaan diizinkan oleh Allah
Tariq
Bintang subuh, pengetuk hati
Perempuan
Umamah
Cucu Rasulullah SAW dari Zainab
Uzdah
Ada unsur kelebihannya
Urjuwanah
Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah
Nama Ibu

Nama Bayi
Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry

Ukur lilit tidak normal

S : Saya mempunyai seorang anak lelaki  berusia tujuh bulan. Ukur lilit kepalanya agak besar berbanding bayi lain. Jika dilihat daripada carta ukur lilit kepala bayi, ia melebihi ukuran normal. Setiap bulan ukurannya akan bertambah. Sejak kebelakangan in dia sering muntah-muntah. Apabila saya membawanya ke klinik, tiada pemeriksaan lanjut diberikan. Saya amat bimbang dan takut sekiranya ada apa-apa yang terjadi kerana saya pernah membaca tentang masalah bayi berkepala besar. Apa yang perlu saya lakukan untuk memantau perkembangan dan pembesaran anak saya. Untuk makluman, saya  melahirkan anak secara normal dengan bantuan vakum.

Noorul
Dengkil, Selangor

J : Ukur lilit kepala yang dicatat pada jadual tumbesaran adalah ukuran yang diambil untuk memastikan kepala bayi membesar secara normal. Namun, ukuran kepala yang agak besar tidak bermakna bayi mempunyai masalah. Ada segelintir bayi yang mempunyai kepala yang agak besar berbanding kanak-kanak lain. Bagi bayi yang mempunyai ukur lilit yang agak besar, ukuran mesti dicatat setiap bulan untuk memastikan sebesar mana kepala tersebut. Kita juga harus mengambil kira perkembangan fizikal dan mental bayi. Jika perkembangan normal, masalah besar mungkin tidak timbul.

Namun, jika kepala anak puan besar berserta dengan simptom lain seperti perkembangan yang lambat, besar kemungkinan ada masalah lain seperti hydrocephalus. Saya menasihatkan agar membawa anak puan berjumpa dengan doktor pakar untuk pemeriksaan selanjutnya, tambahan pula anak puan sudah mula muntah-muntah.