| Lelaki |
|---|
| Tazim Kehormatan |
| Tawqir Kejayaan diizinkan oleh Allah |
| Tariq Bintang subuh, pengetuk hati |
| Perempuan |
| Umamah Cucu Rasulullah SAW dari Zainab |
| Uzdah Ada unsur kelebihannya |
| Urjuwanah Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah |
![]() |
Nama Ibu Nama Bayi Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry |
Diambil air tulang belakang
S : Anak perempuan saya berusia dua tahun dan sudah mula berjalan sejak usia setahun tujuh bulan. Perkara yang menghairankan saya iaitu setiap melangkah, tumit kakinya tidak mencecah lantai biarpun ketika memakai kasut. Dia mudah terjatuh ketika berjalan walaupun saya memimpinnya. Sudah lima bulan dia berkeadaan begitu.
Apakah ia disebabkan faktor kekurangan kalsium atau berpunca daripada kekurangan magnesium ketika masih bayi lalu menyebabkan doktor mengambil sampel air tulang belakangnya bagi mengesan sebarang jangkitan kuman?
Bolehkan doktor jelaskan apakah kesan-kesan terhadap pengambilan sampel air tulang belakang bayi? Adakah ia mempengaruhi perkembangan fizikal dan mental anak?
Fida
Semenyih, Selangor
J : Cara anak puan berjalan tidak berkaitan dengan prosedur “lumbar puncture” (ambil air tulang belakang) yang dilakukan oleh doktor. Berjalan sedemikian kadang–kala terjadi di kalangan kanak-kanak yang baru berjalan. Ini tidak bermakna mereka kekurangan kalsium. Pengambilan air tulang belakang adalah sejenis prosedur yang kerap dilakukan.
Salah satu tujuan prosedur adalah untuk mengenal pasti jangkitan kuman diotak. Ia adalah satu prosedur yang selamat untuk dilakukan. Ia hanya menggunakan jarum yang kecil untuk mengeluarkan beberapa titis cecair otak. Prosedur yang dilakukan dengan baik tidak akan memberi kesan kepada perkembangan kaki.
| Fillet Ikan Istimewa |
![]() |
Satu lagi hidangan yang ringkas tetapi penuh khasiat. Jika anda tidak menggemari fillet segera yang banyak dijual di pasaraya, anda bolehlah membuat fillet anda sendiri. Caranya amat mudah.... |
» Halia atasi kembung
» Elakkan anak kencing malam
» Hilangkan parut
» Payudara kembali anjal


