| Lelaki |
|---|
| Tazim Kehormatan |
| Tawqir Kejayaan diizinkan oleh Allah |
| Tariq Bintang subuh, pengetuk hati |
| Perempuan |
| Umamah Cucu Rasulullah SAW dari Zainab |
| Uzdah Ada unsur kelebihannya |
| Urjuwanah Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah |
![]() |
Nama Ibu Nama Bayi Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry |
Sukar hamil
S: Saya berumur 25 tahun dan baru 7 bulan berkahwin. Sejak berkahwin, baru 2 kali saya haid. Itupun setelah mengambil pil hormon. Adakah pengambilan pil ini boleh memberi kesan sampingan kepada rahim? Apakah ia boleh membantutkan usaha saya untuk mengandung?
Izzah, Seri Kembangan
J: Adakah puan mempunyai masalah haid sebelum mendirikan rumahtangga lagi? Jika jawapannya tidak, ini bererti puan mengalami perubahan baru setelah menjadi isteri. Mungkin, kehidupan baru membawa stres atau perubahan berat badan yang menyebabkan kitaran haid tidak menentu.
Dalam kes sebegini, pil hormon yang digunakan tidak akan mempengaruhi peluang puan untuk hamil. Pada waktu yang sama, puan patut mengenalpasti dan mengatasi faktor-faktor yang menyebabkan kitaran haid berubah setelah berumahtangga.
Jika jawapannya ya pula, besar kemungkinan puan mengalami masalah ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh sendiri sejak awal lagi. Dalam kes-kes sebegini, tahap kesuburan wanita itu akan terjejas dan kebanyakan wanita sebegini sukar untuk hamil.
Oleh itu, puan perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor pakar JIKA masih belum hamil setelah setahun mencuba. Di dalam situasi begini, pil hormon yang di ambil untuk "memberi darah haid" tidak memburukkan situasi dan tidak banyak membantu dalam hal ehwal kesuburan.
Ingin diingatkan bahawa puan perlu membawa suami ketika bertemu dengan doktor pakar sakit puan nanti. Hal ini kerana, bagi pasangan yang inginkan bayi, pemeriksaan air mani suami turut dilakukan sebagai sebahagian daripada pemeriksaan tersebut. Semoga puan berjaya hamil nanti.
Dapatkan Majalah PA&MA keluaran Julai 2010 di pasaran.
| Pai Daging |
![]() |
Selain daging lembu, anda boleh juga menggantikannya dengan daging ayam BAHAN-BAHAN :... |
» Halia atasi kembung
» Elakkan anak kencing malam
» Hilangkan parut
» Payudara kembali anjal


