Lelaki
Tazim
Kehormatan
Tawqir
Kejayaan diizinkan oleh Allah
Tariq
Bintang subuh, pengetuk hati
Perempuan
Umamah
Cucu Rasulullah SAW dari Zainab
Uzdah
Ada unsur kelebihannya
Urjuwanah
Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah
Nama Ibu

Nama Bayi
Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry

Pusat bengkak

S: Semasa anak kedua saya berusia lima hari, pusatnya telah kering dan tertanggal sendiri. Tetapi seminggu selepas itu, didapati pusatnya mengalami bengkak kemerah-merahan di sekeliling pusat dan hampir menanah.

Saya membawa anak membuat rawatan susulan di hospital dan anak saya dimasukkan ke wad NICU selama seminggu lebih untuk menerima rawatan.

Doktor telah memberinya ubat antibiotik dan memberitahu anak saya mengalami umbilical sepsis. Risiko jangkitan kuman sangat tinggi kerana dia berusia kurang daripada 30 hari. Mengapa perkara ini boleh berlaku dan adakah sebarang kesan sampingan pada masa depan?

Huzaili
Petaling Jaya


J: Umbilical sepsis bermaksud pusat anak puan dijangkiti kuman dan kuman tersebut telah masuk ke dalam darah. Ini selalunya berlaku jika penjagaan pusat kurang rapi. Pusat bayi mungkin tertanggal dengan sendiri tetapi belum kering sepenuhnya. Di dalam keadaan ini, antibiotik selalunya diberi kerana bayi tidak mempunyai antibodi yang cukup untuk melawan kuman.

Jangkitan kuman selalunya dapat dibendung setelah antibiotik diberi. Pemberian antibiotik atau umbilical sepsis ini selalunya tiada kesan sampingan di masa depan.

Dapatkan Majalah Pa&Ma keluaran Ogos di pasaran.