Lelaki
Tazim
Kehormatan
Tawqir
Kejayaan diizinkan oleh Allah
Tariq
Bintang subuh, pengetuk hati
Perempuan
Umamah
Cucu Rasulullah SAW dari Zainab
Uzdah
Ada unsur kelebihannya
Urjuwanah
Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah
Nama Ibu

Nama Bayi
Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry

VAKUM, PEMBAKAR SEMANGAT

Demam berpanjangan yang ku alami selepas berumah tangga adalah petanda aku bakal menjadi ibu. Selepas membuat pemeriksaan, aku disahkan positif hamil. Empat bulan pertama, aku mengalami morning sickness yang agak teruk. Aku tidak boleh melihat nasi apatah lagi menghidu baunya. Rasa loya menyelinap hingga ke tekak. Musim buah melanda ketika aku sarat mengandung. Apa yang idamkan saat itu ialah buah durian. Puas ku pujuk suami agar mengizinkanku makan durian. Pada mulanya dia enggan. Katanya, anak dalam kandungan akan kepanasan walaupun aku hanya meminta seulas. Setelah saban hari memujuk, akhirnya dia mengalah.

Puas makan durian, aku teringin makan ketam pula. Semuanya gara-gara aku membelek buku resipi di rumah. Aku
luahkan hasrat kepada suami. Beberapa malam kemudian, dapat juga aku makan ketam di sebuah restoran yang agak mahal. Suami hanya menjeling. Aku mula menghitung hari bersalin dan sentiasa bercakap dengan bayi dalam kandungan bahawa aku tidak sabar melihat wajah comelnya. Ibu saudaraku turut memberi air selusuh bagi memudahkanku bersalin. Setelah minum, perutku sakit seperti hendak bersalin. Aku kaget lantas berhenti meminumnya setelah dinasihati ibu.

Setelah cukup usia kandunganku sembilan bulan, aku masih lagi tidak sakit dan bekerja seperti biasa walaupun rakan sekerja sudah bersalaman dan mengucapkan selamat. Acap kali suami bertanya sama ada aku berasa sakit atau tidak. Aku lihat
suami lebih teruja berbandingku untuk menyambut kelahiran anak kami. Jam 4 pagi, 26 Ogos, aku terasa ingin membuang air kecil tetapi kerap. Ketika sedang tidur aku dapat merasakan ada air mengalir dengan banyak. Aku sangat panik dan terus menelefon kakak untuk bertanya. Bergegas aku ke hospital setelah mengetahui bahawa itu adalah air ketuban. Sepanjang perjalanan ke hospital aku dibayangi ketakutan. Walaupun resah, sempat aku menyuruh suami berhenti untuk membelikan roti sebagai alas perut. Dua bungkus roti jagung sempat aku “belasah” bersama air Milo.

Sampai di hospital rahimku baru terbuka 2 sm dan terus dibawa ke wad. Sewaktu di wad, mihun goreng yang disediakan
aku makan hingga licin. Aku langsung tidak rasa sakit. Jam 12.30 tengah haru, kontraksi yang kerap mula dirasakan tetapi bukaan rahim masih 2 sm. Aku menahan sakit semalaman lalu diberi epidural. Tepat jam 9.30 malam rahimku terbuka 10sm. Aku cuba meneran tetapi tidak berjaya. Aku terdengar perbualan doktor jika masih tidak berjaya, vakum akan digunakan. Lantas aku terbayangkan vakum karpet yang besar. Mengingatkan itu, aku meneran sekuatkuatnya dan lahirlah putera kesayanganku pada 10.27 malam. Hilang segala kesakitan setelah melihat wajah suami dan anak yang ku sayangi. Kini, anakku IYAD MUZAFFAR makin membesar dan keletahnya membuatkan aku sentiasa gembira.

Intan Aizura Norsisan
Ampang, Selangor