Lelaki
Tazim
Kehormatan
Tawqir
Kejayaan diizinkan oleh Allah
Tariq
Bintang subuh, pengetuk hati
Perempuan
Umamah
Cucu Rasulullah SAW dari Zainab
Uzdah
Ada unsur kelebihannya
Urjuwanah
Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah
Nama Ibu

Nama Bayi
Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry

HERO KAMI, CHRISMAS BOY

Setelah sebulan berkahwin, aku disahkan hamil. Berita ini disambut gembira oleh seluruh ahli keluargaku. Aku adalah anak dan cucu sulung. Bermakna nenek aku akan menimang cicitnya yang sulung. Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kepada-Nya kerana mengurniakan zuriat buat kami. Alhamdulillah, aku tidak mengalami sebarang alahan pada tiga bulan pertama. Mungkin disebabkan aku berjauhan dengan suami, maka ALLAH memudahkan urusanku. Aku bertugas di Johor Bahru manakala suami bekerja di Kuala Lumpur. Kami bergilir-gilir untuk bertemu setiap minggu. Jadi, aku juga mengajar anakku supaya menjadi kuat dan tabah
walaupun ayahnya tiada di sisi.

Masa berlalu begitu pantas. Masuk minggu ke-36, suami menghantarku pulang ke kampung sebagai persediaan awal untuk bersalin. Aku dijangka bersalin pada 30 Disember 2008. Pada 24 Disember, aku ke klinik untuk membuat pemeriksaan mingguan. Apabila membuat ujian imbasan, doktor mendapati air ketubanku berkurangan. Hanya tinggal separuh. Aku pun tidak sedar bila ia keluar. Lalu doktor terus memberi surat kecemasan agar aku segera dirujuk di Hospital Universiti Kubang Kerian. Aku jadi tidak keruan. Berdebar-debar dan tidak putus-putus berdoa agar semuanya selamat. Lalu, aku menelefon suami agar bersedia untuk sebarang kemungkinan. Pada petang itu, abah dan mama menghantarku ke HUSM.

Aku seperti bermimpi apabila doktor memeriksa “jalanku” dan mendapati bukaan serviks 3sm. Beliau meminta supaya aku bersedia untuk bersalin pada malam itu juga. Hanya ALLAH saja yang tahu perasaanku pada masa itu. Memandangkan ini adalah pengalaman pertama melahirkan anak, aku jadi berdebar-debar, takut dan seperti tidak bersedia.

Aku dimasukkan ke bilik bersalin pada jam 10 malam. Doktor menunggu bukaan serviks dan pada masa yang sama memantau tekanan jantung anakku. Aku keseorangan. Suamiku belum tiba kerana perjalanan yang jauh. Ibuku tidak dibenarkan masuk tetapi aku tahu doanya sentiasa mengiringi. Aku sempat membaca Yassin sambil menunggu masa untuk bersalin. Aku tidak mengalami kesakitan kontraksi yang kuat. Doktor juga hairan melihat wajahku yang tenang. Pada pukul 4 pagi, 25 Disember, doktor mengambil keputusan untuk aku menjalani pembedahan memandangkan bukaan serviks hanya 4sm dan pada masa yang sama jantung bayiku semakin lemah.

Aku pasrah. Aku rela dibedah demi nyawa anakku. Walaupun terkilan tidak dapat melahirkan anak secara normal, tetapi aku tahu setiap yang tertulis pasti ada hikmah-Nya. Pada 25 Disember, tepat jam 5.27 pagi aku selamat melahirkan seorang putera yang comel. Abahku mengazankannya dengan linangan air mata tatkala melihat cucunya itu selamat lahir ke dunia. Terima kasih buat abah, mama dan Kak Oly kerana menemaniku sepanjang proses kelahiran ini. Walaupun suami tiada di sisi dan tidak sempat menemani, aku tahu yang dia sentiasa mendoakan keselamatan kami berdua. Rupanya-rupanya anakku ingin jadi Mat Salleh dan mahu ulang tahun kelahirannya sentiasa diingati. Apapun, ibu mendoakan agar AHMAD UWAIS FIRAS BIN MOHD SALEH menjadi anak yang soleh dan cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin.

Nor Syakiera Abdullah
Kajang, Selangor