Lelaki
Tazim
Kehormatan
Tawqir
Kejayaan diizinkan oleh Allah
Tariq
Bintang subuh, pengetuk hati
Perempuan
Umamah
Cucu Rasulullah SAW dari Zainab
Uzdah
Ada unsur kelebihannya
Urjuwanah
Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah
Nama Ibu

Nama Bayi
Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry

SARA, EJEK DADDY?

Perkongsian hidup antara aku dan isteri diserikan dengan anugerah yang amat bernilai apabila lahirnya puteri sulung yang dinamakan Sara Aryssa pada September 2008 yang lalu. Malam ke-23 umat Islam berpuasa, aku mempunyai urusan di luar dan terpaksa meninggalkan isteriku yang sedang sarat mengandung keseorangan di rumah. Rasa bersalah dan bimbang meninggalkannya seorang diri bersarang di hati namun isteriku berkeras menyuruhku pergi. Sebelum pergi, dia meminta aku membelikan roti canai untuk dibuat sahur. Aku mengangguk dan akur dengan pesanannya.

Selesai tugasan di luar, aku kembali ke rumah pada jam 3 pagi bersama dua keping
roti canai. Melihatkan isteriku sedang nyenyak tidur, aku tidak sampai hati mengejutkannya. Ku biarkan roti canai di atas meja. Fikirku, waktu sahur nanti dia akan makan roti tersebut. Lebih kurang 5 pagi, isteriku bangun untuk bersahur. Sebelum menyiapkan juadah bersahur, dia ke bilik air. Tiba-tiba, dia menjerit kecil mengatakan ada bunyi poop dan air ketubannya pecah. Segera aku membawanya ke hospital.

Jam 8 pagi, aku terpaksa meninggalkan isteriku yang sedang menahan kesakitan kerana harus menduduki peperiksaan. Rasa bersalah dan tidak sampai hati meninggalkannya, namun aku terpaksa juga. Selesai peperiksaan aku bergegas
semula ke hospital. Aku cuba tenangkan isteriku yang semakin kuat kontraksinya, walaupun aku sendiri pun berasa bimbang. Baru beberapa minit di situ, seorang doktor datang memeriksa dan memberitahu isteriku sudah bersedia untuk bersalin.

Bukaan serviksnya sudah 8sm dan perlu dibawa ke dewan bersalin. 12.24 tengah hari, aku terdengar tangisan bayiku, rasa bersyukur yang tidak terhingga kerana isteriku
selamat melahirkan bayi perempuan kami. Aku dipanggil masuk ke dewan bersalin oleh jururawat untuk mengazankan anakku. Ketika pertama kali melihat mukanya yang kemerah-merahan, aku begitu gembira dan bersyukur kepada ALLAH S.W.T. Namun ada sesuatu yang membimbangkanku apabila melihat lidahnya sedikit
terjelir hingga membuatkan aku rasa tidak menentu.

Selesai mengazankannya, aku keluar berjumpa dengan ibu dan bapa mertuaku. Ku khabarkan berita gembira bahawa semuanya sihat dan selamat. Pada masa yang sama, terpacul persoalan yang bermain di mindaku sejak tadi. “Mak, kenapal iidah dia
terjelir-jelir? Dia ejek saya ke?”. Soalan itu membuatkan ibu dan bapa mertuaku ketawa terbahak-bahak. Begitu juga dengan adik-adik ipar dan kawan-kawanku yang menunggu di situ.

Rupa-rupanya bayiku lapar dan mahu susu daripada ibunya. Sebab itulah dia menjelirkan lidah. Ibu mertuaku pula mengatakan mungkin bayiku kempunan hendak makan roti canai yang tidak sempat dijamah isteriku kerana sudah mula sakit bersalin pada waktu yang sepatutnya kami bersahur. Alangkah malunya kerana memikirkan anakku mengejek daddynya. Tersenyum sendiri bila aku memikirkan peristiwa tersebut dan itulah pengalaman terindah menjadi bapa yang sangat sukar dilupakan.

Ramzani Abdul Munim
Kajang, Selangor