| Lelaki |
|---|
| Tazim Kehormatan |
| Tawqir Kejayaan diizinkan oleh Allah |
| Tariq Bintang subuh, pengetuk hati |
| Perempuan |
| Umamah Cucu Rasulullah SAW dari Zainab |
| Uzdah Ada unsur kelebihannya |
| Urjuwanah Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah |
![]() |
Nama Ibu Nama Bayi Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry |
KELAHIRAN YANG UNIK
Huwaa…huwaa… Lahirlah seorang anak Adam penyeri rumahtangga kami pada tanggal 27 Disember 2004 jam 12.05 minit tengahari bersamaan 15 Zulkaedah 1425. Kelahirannya seakan-akan dirancang untuk dikongsi bersama walidnya. Tarikh dan waktu kelahiran yang sama. Itulah hadiah besar dariku sempena ulang tahun kelahiran suami. Pada awalnya, tarikh jangkaan yang ditetapkan mengikut tarikh LMP, anak ini bakal lahir melihat dunia pada tarikh 20hb Disember 2004.
Sememangnya sewaktu mengandungkan puteraku yang sulung, tidak banyak ragam perubahan pada diriku sehinggalah tiba waktu dan tarikh yang dijangkakan aku melahirkan. Aku menunggu dengan penuh debaran tetapi tiada sebarang tanda malah aku masih boleh berlari-lari anak lagi pada ketika itu. Tarikh jangkaan telah berlalu dan masih tiada sebarang tanda untukku melahirkan. Aku menanti dengan penuh kesabaran kerana orang tuaku berkata kelahiran pertama berkemungkinan seminggu awal atau seminggu lewat dari tarikh jangkaan kelahiran. Masih terngiang-ngiang di fikiranku, mungkinkah anak ini akan lahir pada 27 Disember seperti yang dibisikkan oleh suamiku suatu ketika dulu. Dalam hatiku tersenyum dan berdoa moga dimakbulkan hajat suamiku itu.
Bisikan suamiku rupanya menjadi kenyataan. Pada 26 Disember 2004, berlaku peristiwa tsunami yang amat dahsyat yang menggemparkan seluruh dunia. Pada pagi itu juga, aku ke hospital untuk pemeriksaan antenatal. Hasil pemeriksaan mendapati, ada tanda awal bersalin tetapi hairan, aku tidak mengalami sebarang kesakitan pun. Malam itu, aku dimasukkan ke wad dan doktor memaklumkan jika tiada sebarang tanda, aku perlu melahirkan bayiku pada keesokan harinya. Keesokan paginya, aku melalui debaran yang sangat gemuruh. Perasaan risau dan resah menyelubungi diri. Mujur suami di sampingku menemani dan memberi sokongan. Sememangnya sehingga saat itu, aku masih belum mengalami sakit tanda untuk melahirkan. Setelah dua jam pertama diberi ubat cetusan (induce) aku masih belum merasai apa-apa kesakitan sehinggalah pada dua jam terakhir barulah aku mengalami kontraksi sedikit demi sedikit.
Bukaan rahimku masih belum cukup untuk melahirkan pada tiga jam pertama. Namun, pada satu jam terakhir barulah aku mengalami sakit yang teramat sangat. Suami tidak putus-putus memberi semangat padaku. Itulah yang menjadi kekuatan dan inspirasiku. Setelah bertungkus-lumus pada saat kecemasan maka lahirlah putera sulung kami yang dinanti-nantikan selama sembilan bulan lebih ini. Walidnya menamakannya dengan nama Muhammad Afwan.
Tahun ini dia genap berusia 5 tahun. Dia petah berkata-kata seperti walidnya juga. Anak bapak! Tidak dinafikan rupa dan tingkah laku serta perangainya menyerupai suamiku. Kini, dia tidak keseorangan kerana ditemani adik lelakinya, Muhammad Aufa yang berusia 1 tahun 1 bulan. Mereka berdua berkongsi tarikh kelahiran Islam yang sama. Wajah adiknya juga tidak tumpah seperti wajah abangnya. Sesungguhnya ku syukuri kejadian dan kurniaan yang sempurna daripada Yang Maha Esa dan berdoa moga keluarga yang dibina atas dasar cinta ini berakhir hingga akhir hayat.
Noor Hafizah Idris
Bukit Mertajam, Pulau Pinang
| Sandwic Biskut Rangup |
![]() |
BAHAN-BAHAN : 14 keping cream crakers mini |
» Halia atasi kembung
» Elakkan anak kencing malam
» Hilangkan parut
» Payudara kembali anjal


