| Lelaki |
|---|
| Tazim Kehormatan |
| Tawqir Kejayaan diizinkan oleh Allah |
| Tariq Bintang subuh, pengetuk hati |
| Perempuan |
| Umamah Cucu Rasulullah SAW dari Zainab |
| Uzdah Ada unsur kelebihannya |
| Urjuwanah Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah |
![]() |
Nama Ibu Nama Bayi Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry |
Tak Malu Dukung Anak
Apa yang anda akan lakukan bila si kecil menangis? Pasti tindakan pantas yang papa akan lakukan untuk memujuknya adalah mendukung dan terus mendakapnya. Namun ada papa yang kekok dan malu untuk mendukung bayi sendiri. HASNITA SAWAL mendapatkan pandangan dan panduan daripada seorang papa.
Melihatkan caranya mendukung bayi memang tidak syak lagi papa ini tidak kekok mendukung anaknya. Mohd Khazami Bakri, 29, mengakui sejak pertama kali mendukung Muhamad Aniq, tujuh bulan, dia tidak kekok kerana ada pengalaman mendukung bayi sebelum itu.
Eksekutif Sumber Manusia di sebuah syarikat terkemuka negara ini memberitahu pertama kali mendukung anak sendiri, perasaan terharu dan gembira hadir tanpa disedari.
“Pada saya cara ini sesuai anak sendiri lebih-lebih lagi bila dia mendakap kita. Rasa bahagia sangat,” ujarnya sambil membetulkan dukungan anaknya.
“Seronok rasanya mendukung posisi dukungan yang paling dia gemari iaitu mendukung anak menghadap ke dada. Dalam posisi ini tangan kita tidak berasa lenguh sebab badan anak akan bersandar pada badan kita dan anak dapat bergerak bebas.
Papa muda ini memberitahu waktu kita membawa anak jalan- jalan atau bila anak hendak tidur dia boleh terus cari posisi sendiri. Letak kepala atas bahu kita dan dia pun dah terlena.”
| Tip Khazami yang papa lain patut tahu : |
1. Fikirkan keselesaan anak bila mendukungnya. Kadang-kadang cara kita dukung itu merimaskannya juga. Tapi kalau bayi masih lagi tidak berhenti menangis memang dia mahu didukung oleh mamanya. |
2. Bila mata anak menunjukkan ciri-ciri hendak tidur, dukung anak seperti hendak meribanya. Posisi sedemikian memberi keselesaan kepada anak kerana mereka rasakan seperti berada dalam buaian. Sambil menggoyangkan badannya, sebelah tangan menepuk punggungnya dan hasilnya bayi akan tidur lena. |
3.Penggunaan ring sling sebagai alat bantuan mendukung bayi tidak kurang memudahkan proses mendukung bayi. Lebih selesa dan bayi juga seronok berada di dalamnya. |
Dapatkan Majalah Pa&Ma Keluaran Jun 2010 di pasaran.
| Daging Panggang |
![]() |
Ikan, daging dan sosej jika disejukbekukan di dalam peti sejuk pada suhu di bawah - 18ºC boleh tahan lama. BAHAN-BAHAN : 500 gm daging lembu kisar |
» Halia atasi kembung
» Elakkan anak kencing malam
» Hilangkan parut
» Payudara kembali anjal


1. Fikirkan keselesaan anak bila mendukungnya. Kadang-kadang cara kita dukung itu merimaskannya juga. Tapi kalau bayi masih lagi tidak berhenti menangis memang dia mahu didukung oleh mamanya.
2. Bila mata anak menunjukkan ciri-ciri hendak tidur, dukung anak seperti hendak meribanya. Posisi sedemikian memberi keselesaan kepada anak kerana mereka rasakan seperti berada dalam buaian. Sambil menggoyangkan badannya, sebelah tangan menepuk punggungnya dan hasilnya bayi akan tidur lena.
3.Penggunaan ring sling sebagai alat bantuan mendukung bayi tidak kurang memudahkan proses mendukung bayi. Lebih selesa dan bayi juga seronok berada di dalamnya.