Lelaki
Tazim
Kehormatan
Tawqir
Kejayaan diizinkan oleh Allah
Tariq
Bintang subuh, pengetuk hati
Perempuan
Umamah
Cucu Rasulullah SAW dari Zainab
Uzdah
Ada unsur kelebihannya
Urjuwanah
Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah
Nama Ibu

Nama Bayi
Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry

Mahu anak Tahan Lasak

Sering kali papa dan mama akan memujuk anak lelaki yang terjatuh agar tidak menangis. alasannya anak lelaki perlu kuat dan lasak. Jatuh sedikit perkara biasa dan tidak boleh menangis. HASNITA SHAWAL berkongsi tip daripada seorang papa mengenai caranya mendidik anak agar tahan lasak.

Jika anda memiliki anak lelaki, biarkan sahaja dia terjatuh ketika bermain. Jangan cepat pujuk kalau sekadar jatuh-jatuh manja. Nanti kelak mereka tidak tahan lasak. Biarkan mereka merasai sakit terjatuh asalkan tidak memudaratkan kerana ia salah satu cara membentuk diri anak lelaki menjadi lebih kuat dan lasak.

Selain dari itu, perlu juga dedahkan anak-anak lelaki dengan permainan yang bersesuaian dengan jantina mereka. Hal demikian diakui oleh Norazlan Ismail, 33, yang sentiasa mengingatkan anak tunggalnya, Noradrian Eshaq, 4, bahawa anak lelaki harus kuat.

“Jadi saya sentiasa memperuntukkan masa untuknya bermain cara lelaki. Contohnya bermain bola, bergusti dan membawanya pergi ke gimnasium kanak-kanak sekurang-kurangnya dua kali sebulan.

Saya juga memastikan dia mengambil suplemen multivitamin untuk ketahanan badannya,” demikian dia berkongsi cara membentuk anak lebih lasak.

Menghabiskan masa lapang bersama anak tersayang dengan aktiviti bermain bola, berbasikal, beriadah di taman dan menonton wayang juga salah satu cara papa ini mengeratkan hubungan erat antara anak dan ayah.

Norazlan yang mengakui agak tegas dalam mendidik anaknya turut berkongsi tip mengajar anak lelaki agar tidak cepat menangis atau mudah merajuk.

Biasanya, jika si anak membuat silap dia akan memanggil Noradrian dan bercakap menggunakan pendekatan psikologi.

“Saya akan terangkan apa yang salah dan apa kemungkinan yang akan terjadi jika dia melakukan kesalahan tersebut. Kalau dia menangis, saya urut belakang badannya sambil menerangkan dia tidak perlu menangis. Di samping itu, isteri harus menyokong tindakan saya. Jika isteri pula memujuk, anak akan keliru. Jadi pentingnya persefahaman dalam mendidik anak antara suami dan isteri.

Dapatkan Majalah Pa&Ma keluaran Julai 2010.