Lelaki
Tazim
Kehormatan
Tawqir
Kejayaan diizinkan oleh Allah
Tariq
Bintang subuh, pengetuk hati
Perempuan
Umamah
Cucu Rasulullah SAW dari Zainab
Uzdah
Ada unsur kelebihannya
Urjuwanah
Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah
Nama Ibu

Nama Bayi
Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry

Jaguh Jaga Malam

Bila si kecil menangis tengah malam, biasanya papa tidak sedarkan diri. Mama yang kelam kabut bangun untuk menyusukan bayi. Benarkah senario itu? HASNITA SAWAL mencungkil rahsia daripada papa kali ini.

"Bangun tengah malam masa anak menangis? Oh! Itu tak jadi masalah. Malahan memang rutin saya sejak 10 bulan yang lalu,” demikian kata Khairul Mizan Zakaria, 31, papa kepada dua anak lelaki ini. Biarpun anaknya menyusu susu ibu, tetapi bukan alasan untuk bapa penyayang ini bangun malam.

Sejak anak keduanya, Khairul Irfan, 10 bulan lahir dan menyusu badan secara eksklusif, Khairul sedia menggalas tugas rasminya membantu isteri tersayang, Iliani Mazlan.

Biasanya dia akan menguruskan hal-hal seperti menyediakan minuman untuk isteri (ibu menyusu perlu minum banyak air untuk menghasilkan lebih banyak susu), menyimpan susu perahan dalam peti sejuk, melabelkan susu perahan, membasuh botol dan corong pam payu dara serta mengurut belakang badan isteri bagi melancarkan susu keluar.

Awalnya dia mengakui agak sukar membenarkan isteri menyusukan anak sepenuhnya kerana menghadapi masalah jangkitan kuman pada payu dara atau mastitis selepas melahirkan anak.

“Saya kesian tengok keadaan isteri untuk teruskan penyusuan tapi dia tetap bersemangat untuk susukan anak selama yang boleh,” katanya mengakui tiada maklumat dan persediaan kerana memikirkan penyusuan susu ibu tidak praktikal untuk wanita bekerja semasa mendapat anak pertama Khairul Danish, empat tahun lalu.

Kini, papa yang bertugas sebagai Auditor di sebuah syarikat antarabangsa ini mengakui kesihatan anak keduanya jauh berbeza dibandingkan dengan anak pertama ketika usia yang sama dahulu.

Dapatkan Majalah Pa&Ma keluaran Ogos di pasaran.