| Lelaki |
|---|
| Tazim Kehormatan |
| Tawqir Kejayaan diizinkan oleh Allah |
| Tariq Bintang subuh, pengetuk hati |
| Perempuan |
| Umamah Cucu Rasulullah SAW dari Zainab |
| Uzdah Ada unsur kelebihannya |
| Urjuwanah Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah |
![]() |
Nama Ibu Nama Bayi Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry |
» Selamatkan mahligai bahagia anda
» Semarakkan kembali cinta kita
» Mari belajar bercinta
» Bajai syurga rumah tangga
» Rumah tangga milik bersama
» Feng Shui & seksual
» Luangkan masa bersama
» 13 cara jadi pasangan romantik
» Isteri dingin di bilik tidur
» Stres gugat keharmonian rumah tangga
Selamatkan mahligai bahagia anda
Ikatan perkahwinan akan selamat jika anda dan pasangan tahu mengendalikannya. Teruskan bersama artikel ini untuk mendapatkan ilmu mengekalkan kebahagiaan berumah tangga.
Harus diingat, untuk mengekalkan rumah tangga bahagia, janganlah sesekali mulakan pergaduhan. Jika ada sebarang ketidakpuasan hati atau kemusykilan, luahkan dan berterus-terang. Jangan simpan di dalam hati, kelak diri sendiri yang merana. Sebolehnya, elakkan pertengkaran. Pergaduhan ataupun perselisihan faham yang pada mulanya kecil tidak mustahil akan menjadi besar seterusnya membawa kepada keretakan rumah tangga. Mintak dijauhkanlah daripada kehidupan kita semua.
Saling percaya mempercayai diakui salah satu cara untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan yang telah dibina. Oleh yang demikian, cubalah untuk mempercayai pasangan. Pun begitu, janganlah sesekali anda menodai kepercayaan si dia kerana sekali mereka terkena, selamanya mereka akan ingat. Jika anda ingin orang berbuat baik pada anda, anda terlebih dahulu perlu melakukannya.
Walaupun sudah setengah abad anda melayari bahtera perkahwinan bersama si dia, janganlah sesekali lupa untuk terus bersikap romantik. Semua ini tujuannya hanyalah satu, agar ikatan suci antara anda berdua kekal selamanya. Sesibuk mana pun anda dengan tugas harian, sesekali luangkan sedikit masa untuk bersama si dia. Lebih baik kalau setiap tahun anda berdua dapat pergi berbulan madu. Barulah sentiasa segar bunga perkahwinan anda berdua.
Untuk jadikan hari-hari yang anda lalui bersama lebih menyeronokkan, isikanlah dengan kejutan-kejutan yang positif. Misalnya, sekali-sekala belikan hadiah buat si dia. Untuk itu, anda tidak perlulah hadiah yang mahal-mahal cukuplah sekadar yang biasa-biasa pada mata orang tetapi luar biasa pada mata si dia.
Juga jangan lupa untuk sentiasa selit-selitkan kata-kata romantik buat si dia dalam menjalani kehidupan seharian. Bisikkan padanya betapa bermaknanya si dia buat anda. “Sayang, tanpa mu di sisi, ku rasakan hidup ini kosong”, “Hari-hari yang ku lalui kini sentiasa ceria dengan kasih sayang mu” dan macam-macam lagilah kata-kata puitis yang oleh anda alunkan pada telinga si dia agar cinta anda berdua mekar selamanya.
Selain itu, demi memperkukuhkan ikatan cinta anda, jangan lokek untuk memuji. Pujilah pasangan bila anda rasa sesuai. Contohnya, “Sedapnya masakan awak hari ni Yang. Untung saya berkahwin dengan awak” atau “Wah! Kacaknya suami saya hari ni,bangga saya jalan sebelah awak”. Dengan pujian seperti ini, pasangan tentunya akan rasa kembang hati dan sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik buat anda dengan harapan mendapat pujian lagi. Apa salahnya kan? Anda juga yang untung. Berbekalkan sedikit modal iaitu mulut yang manis, hasilnya, pulangan yang anda dapat begitu lumayan.
Tidak dinafikan dalam menjalani hidup berumah tangga, macam-macam masalah boleh timbul. Seperti lirik lagu dendangan Allahyarham P.Ramlee, “Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula, suami isteri.” Dan jika hal ini terjadi pada anda, cepat-cepatlah cari jalan penyelesaiannya. Jangan sesekali biarkan perselisihan faham ini berpanjangan.
Selain itu, anda juga digalakkan untuk menjadi pendengar yang baik. Jika pasangan ada masalah, luangkanlah masa untuk mendengar luahan hatinya. Dengan cara ini, tentu si dia akan tambah sayang pada anda kerana sentiasa berada di sisinya terutamanya semasa dia berada dalam kesusahan.
Ingat dalam usaha untuk memekarkan cinta anda pada si dia, anda tidak boleh bazirkan walau sedikit masa pun. Bermula daripada bangun pagi hingga ke tidur malam, semuanya perlulah dipenuhi dengan rasa cinta, kasih dan sayang anda padanya. Adalah sangat digalakkan agar anda mulakan hari dengan membelai pasangan seawal pagi semasa bangun tidur. Belailah pasangan secukupnya sebelum memulakan hari anda. Dan sebelum masing-masing berangkat ke tempat kerja, hadiahkan ciuman ikhlas sebagai bekal untuk ke pejabat.
Sekali-sekala, ajaklah pasangan makan tengah hari bersama, tentu romantik. Setelah sah sebagai suami isteri, anda dan si dia sudah tidak ada lagi penghalang untuk terus bersama. Segalanya sah sama ada daripada segi agama mahupun undang-undang. Jadi, janganlah malu untuk meminta apa yang diinginkan terutamanya dalam hal yang dikategorikan sebagai 18SX. Cubalah mencari kelainan dalam hubungan intim yang dijalinkan agar tidak bosan sebaliknya menjadi lebih seronok.
Selain itu, perkara 18SX ini perlukan mukadimah. Namun, anda tidak seharusnya tunggu matahari tenggelam ataupun bulan muncul untuk memulakan mukadimah. Anda mestilah pandai mengambil kesempatan. Mulakan rangsangan itu seawal waktu pagi dan biarkan berterusan sehingga tiba saat yang dinantikan. Untuk itu, antara yang boleh anda lakukan ialah sentuh lembut tubuhnya, meramas mesra tangannya ataupun mencium pipinya setiap kali bertemu. Barulah cinta hangat membara dan pastinya anda dan si dia tidak sabar untuk menunggu saat itu. Pun begitu, ada kalanya hubungan intim yang tidak dirancang tidak kurang hebatnya. Perkara yang berlaku spontan kadang kala mampu meninggalkan kesan yang sangat dalam. Misalnya, pertama kali bertentang mata dengannya, walaupun hanya beberapa saat, kesannya sampai kini. Anda pasti ingat bukan? Jadi, janganlah menolak perkara-perkara yang terjadi tanpa dirancang ini kerana nikmatnya anda sendiri tidak tahu kalau tidak mencubanya.
Satu lagi perkara yang sering dipinggirkan oleh ramai pasangan suami isteri ialah hal yang berkaitan dengan penampilan. Setelah berumah tangga, mereka lupa untuk terus bergaya, pada hal inilah yang penting untuk terus merangsang minda dan pandangan si dia agar terus berminat melayari bahtera perkahwinan bersama. Kalau anda cantik ataupun segak, tentu si dia tidak cari lain.
| Quichee Sayur-sayuran |
![]() |
Mempelbagaikan makanan yang diberikan kepada anak adalah satu cara berkesan untuk mengelakkan mereka rasa bosan untuk makan. Kepada anda yang habis idea untuk menyediakan hidangan berzat untuk... |
» Halia atasi kembung
» Elakkan anak kencing malam
» Hilangkan parut
» Payudara kembali anjal


