| Lelaki |
|---|
| Tazim Kehormatan |
| Tawqir Kejayaan diizinkan oleh Allah |
| Tariq Bintang subuh, pengetuk hati |
| Perempuan |
| Umamah Cucu Rasulullah SAW dari Zainab |
| Uzdah Ada unsur kelebihannya |
| Urjuwanah Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah |
![]() |
Nama Ibu Nama Bayi Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry |
» Selamatkan mahligai bahagia anda
» Semarakkan kembali cinta kita
» Mari belajar bercinta
» Bajai syurga rumah tangga
» Rumah tangga milik bersama
» Feng Shui & seksual
» Luangkan masa bersama
» 13 cara jadi pasangan romantik
» Isteri dingin di bilik tidur
» Stres gugat keharmonian rumah tangga
Menyuburkan hubungan di kala hamil
Sejak akhir-akhir ini, Fatiha sering hilang mood dan murah rasa marah terhadap suaminya, Aiman. Hal ini sering mengganggu hubungan kedua-dua pasangan muda yang masih dalam mood berbulan madu ini. Fatiha yang hamil tiga bulan, mulai risau jika suaminya merajuk akibat sikapnya yang berubah secara mendadak itu.
Dilema yang dialami Fatiha bukanlah suatu yang asing. Ketika hamil, semuanya berubah. Bentuk fizikal, hormon yang dikeluarkan oleh tubuh malah emosi turut mengalami perubahan. Ini bermakna, setiap perubahan yang berlaku pada ibu hamil saling berkaitan. Secara umumnya, kehamilan merupakan satu tempoh yang sungguh bermakna dalam hidup seorang wanita. Inilah waktunya pasangan suami isteri berhadapan dengan mainan emosi di antara rasa takut dan harapan menggunung untuk menjadi ibu dan bapa.
Pada awal kehamilan, anda mungkin tidak dapat merasa perubahan yang berlaku pada diri walaupun hal ini jelas. Ketika ini, sesetengah bakal itu mungkin diselimuti rasa bimbang kehilangan bayi yang dikandunginya itu. Ketakutan ini walaupun tidak berasas adalah perkara biasa.
![]() |
Setelah kekhuatiran pada trimester pertama mula menghilang, maka bermulalah perubahan emosi di trimester kedua. Walaupun perasaan ibu hamil ketika ini tidak begitu terganggu, mereka masih resah. Ramai bakal ini akan mula rasa malu dengan perubahan fizikal yang dialaminya. Akibatnya, mereka akan rasa rendah diri.
Ketika trimester ketiga pula, ibu-ibu hamil mula memikirkan tentang saat-saat kelahiran yang bakal tiba tidak lama lagi. Pelbagai perkara bermain di benak fikiran masing-masing dalam tempoh 3 bulan terakhir kehamilan itu. Risau tentang anak yang bakal dilahirkan nanti. Akan tetapi, sebaik sahaja selamat melahirkan, maka hilanglah sudah segala kerisauan, lebih-lebih lagi setelah berjaya melahirkan anak yang sihat dan sempurna.
Sebenarnya, perubahan psikologi yang berlaku itu bukan hanya pada ibu hamil, tetapi juga pada suaminya. Bakal bapa turut tidak terlepas daripada ketidakseimbangan emosi. Sesetengah bakal bapa rasakan diri mereka diabaikan isteri. Ada juga yang tidak yakin keupayaan sendiri untuk bergelar bapa. Walaupun begitu, janganlah risau kerana semua perasaan ini akan hilang sedikit demi sedikit setelah anak lahir.
Kenapa saya terlalu moody?
Perasaan yang sentiasa berubah-ubah ketika hamil adalah perkara biasa. Semua ini disebabkan oleh perubahan hormon yang akan memberikan kesan terhadap tahap neurotransmitters (mesej kimia ke otak) anda. Walau bagaimanapun, setiap individu memberikan tindak balas berbeza terhadap perubahan ini. Ada sesetengah ibu hamil sentiasa diselimuti rasa bimbang, ada juga yang murung. Tidak kurang juga yang lebih bertenaga dan sentiasa ceria.
Ramai berpendapat masalah moody ini akan meningkat ketika kandungan berusia di antara 6 hingga 10 minggu, makin berkurangan setelah memasuki trimester kedua dan muncul kembali pada saat-saat akhir kehamilan.
Diakui kehamilan boleh menyebabkan seseorang itu rasa sungguh tertekan tetapi ada juga yang rasa sungguh teruja dengan keadaan tersebut. Semua ini berbeza antara individu dengan individu yang lain. Ada bakal ibu rasa gembira dengan gelaran ibu yang bakal diterima tidak lama lagi. Namun, ada juga yang risau tidak dapat menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya sebagai seorang ibu. Selain itu, antara persoalan lain yang sering bermain-main di minda bakal-bakal ibu ialah tentang anak dalam kandungan itu sendiri. Adakah dia sihat? Adakah sempurna? Sempat kah dia melihat dunia? Dan macam-macam lagi persoalan yang timbul.
Perubahan emosi ini juga boleh disebabkan oleh gejala-gejala yang dialami semasa hamil. Antaranya ialah seperti pedih hulu hati, kekerapan membuang air kecil dan rasa bimbang.
Cara menanganinya
- Semua ini normal.
Cuba beritahu diri sendiri bahawa perasaan seperti itu adalah normal ketika hamil. Jadi, carilah jalan untuk tenangkan diri sendiri.
- Bawa bertenang.
Jangan terlalu fikirkan tentang apa yang anda sedang rasa. Sebaliknya, penuhkan hari anda dengan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti mengait, membaca tentang keibubapaan dan bersenam.
- Belai pasangan.
Kehamilan ada kalanya menjarakkan hubungan antara suami dengan isteri. Agar hal ini tidak berterusan, gunakanlah masa terluang untuk bersama suami. Biar dia tahu yang anda masih sayangkannya dan cintainya.
- Buatlah sesuatu yang menyeronokkan.
Jika anda seorang yang suka berhias, teruskanlah. Jangan jadikan kehamilan penghalang untuk anda terus bergaya. Terus lakukan apa yang anda suka walaupun hamil asalkan tidak menjejaskan anda dan bayi dalam kandungan.
- Luahkan yang terpendam.
Jangan biarkan emosi mempengaruhi diri anda. Luahkan apa yang anda rasa kepada pasangan agar rasa lega. Biar dia tahu apa yang terbuku di dada. Mungkin dia ada jalan penyelesaian.
- Tangani stres sebaiknya
Belajarlah cara untuk menangani stres. Ilmu ini sangat berguna bukan sahaja ketika hamil tetapi juga dalam keadaan biasa.
| Sandwic Biskut Rangup |
![]() |
BAHAN-BAHAN : 14 keping cream crakers mini |
» Halia atasi kembung
» Elakkan anak kencing malam
» Hilangkan parut
» Payudara kembali anjal



