| Lelaki |
|---|
| Tazim Kehormatan |
| Tawqir Kejayaan diizinkan oleh Allah |
| Tariq Bintang subuh, pengetuk hati |
| Perempuan |
| Umamah Cucu Rasulullah SAW dari Zainab |
| Uzdah Ada unsur kelebihannya |
| Urjuwanah Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah |
![]() |
Nama Ibu SOFIAH BT ABDULLAH Nama Bayi ALIF ISKANDAR MOHD FARIS |
LEGAKAN KEPANASAN
Cuaca panas terik memang merimaskan. Basahkan badan anak dan sapukan dengan tepung gandum. Anda akan dapati kesan merah pada liang romanya ini membuktikan bahawa panas badan anak akan keluar. Kesan itu akan hilang dengan sendirinya.
KURANGKAN PANAS BADAN BAYI
Jika bayi anda demam dan suhu badannya tinggi, ambil segenggam asam jawa. Ramas asam jawa tersebut bersama sedikit air. Kemudian, lumurkan sedikit demi sedikit bancuhan asam jawa tersebut pada kepala bayi. Insya-ALLAH demam bayi akan beransur-ansur sembuh.
PENAWAR SELEPAS BERSALIN
Ambil segenggam daun lengkuas dan 2 inci halia, kemudian diketuk-ketuk sampai pecah. Rebus kedua-dua bahan untuk dijadikan air mandian, campur dengan air sejuk untuk menjadikannya panas suam-suam kuku. Gunakanlah air itu untuk mandi pada waktu pagi bagi ibu-ibu dalam pantang.
BADAN TERLALU KURUS
Jika anda menghadapi masalah badan terlalu kurus dan ingin menjadi tegap dan sihat, amalkan petua ini setiap hari. Semasa anda masak nasi, ambil segelas air nasi yang sedang menggelegak dan campurkan dengan sedikit gula. Amalkan minum pada setiap hari.
PUSAT TIDAK TERSEMBUL
Tunggul pusat bayi sudah gugur perlu dijaga agar tidak tersembul. Ambil sedikit halba dan jintan hitam lalu dimasukkan ke dalam sebungkus kain (dijadikan seperti uncang atau bantal kecil). Letakkan uncang tersebut di atas pusat dan pakaikan barut seperti biasa. Insya-ALLAH lama-kelamaan tunggul pusat akan tenggelam. Cara ini dapat mengurangkan masalah perut kembung pada bayi.
LEGAKAN BATUK
Jika anda batuk dan ingin mencuba rawatan cara tradisional, petua ini mungkin boleh membantu. Ambil satu sudu makan madu dan campurkan
dengan air perahan limau nipis (daripada sehiris limau nipis) dan makan.
PENAMBAH TENAGA
Bagi anda yang baru melahirkan anak memang sering berasa letih. Untuk mengatasi masalah ini anda perlu menumbuk lumat bawah puting, halia, halia bara, madu lebah dan ragi. Kemudian bahan tersebut digentel mengikut saiz yang boleh ditelan. Lakukan selalu untuk mendapatkan kesan yang memberangsangkan.Bagi anda yang baru melahirkan anak memang sering berasa letih. Untuk mengatasi masalah ini anda perlu menumbuk lumat bawah puting, halia, halia bara, madu lebah dan ragi. Kemudian bahan tersebut digentel mengikut saiz yang boleh ditelan. Lakukan selalu untuk mendapatkan kesan yang memberangsangkan.
MADU LEBAH RAWAT BATUK
Berikan sesudu kecil madu lebah asli dan dicampur dengan tiga titik perahan air limau nipis. Bacalah selawat dan berikan minum. Insya-ALLAH batuk akan sembuh segera.
KESUM KELAPA ATASI KEPUTIHAN
Rebus daun dan bunga pokok kesum kelapa, kemudian jadikan ulam. Air rebusannya pun boleh diminum. Tetapi ia lebih berkesan kalau dimakan mentah. Keputihan anda akan hilang.
UBAT GIGITAN
Jika anak digigit nyamuk atau serangga, ambil sedikit kapur makan dan sapukan pada kawasan yang digigit.
MAHU HILANGKAN LETIH
Jika anda sering berasa lebih, bancuhlah madu dengan segelas air suam. Biarkan semalam. Keesokan harinya barulah diminum, Insya-ALLAH anda tidak akan berasa letih lagi.
RAWAT SELESEMA
Menjadi seorang ibu sememangnya banyak cabaran terutama sewaktu anak-anak masih lagi bayi. Masalah utama adalah kesihatan. Selesema akan membuat bayi akan berasa tidak selesa dan meragam. Untuk mengatasinya, cuba tumbuk sedikit kunyit hidup sehingga lumat. Tepekkan ke atas hidung bayi sewaktu ia sedang tidur. Pasti tidurnya akan lena kerana selesema akan cepat kering.
BANYAKKAN SUSU
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin dan kekurangan susu. Untuk mengatasi masalah ini, rebus segenggam daun cekur manis atau daun asin-asin. Apabila masak, minum segelas air tersebut. Dengan hanya sekali minum sahaja, susu anda akan bertambah.
RAHSIA AYAT SUCI AL-QURAN
Amalkan membaca surah Yasin setiap hari sepanjang tempoh kehamilan. Selain itu bacalah surah Yusof (sihat, sempurna dan cantik rupa-paras), surah Maryam (baik, soleh/solehah, beriman dan bertakwa). Surah Luqman (pintar dan bijak) dan surah Taubah (untuk pengampunan diri sendiri).
|
1 / 4 |
| Bubur Beras Merah Bersama Kubis Bunga |
Kubis bunga adalah kaya dengan vitamin C dan serat. Pengambilan serat yang mencukupi dapat membantu melancarkan sistem pencernaan anak... |
» Halia atasi kembung
» Elakkan anak kencing malam
» Hilangkan parut
» Payudara kembali anjal

