Lelaki
Tazim
Kehormatan
Tawqir
Kejayaan diizinkan oleh Allah
Tariq
Bintang subuh, pengetuk hati
Perempuan
Umamah
Cucu Rasulullah SAW dari Zainab
Uzdah
Ada unsur kelebihannya
Urjuwanah
Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah
Nama Ibu

Nama Bayi
Muhammad Afiq Danish bin Ahmad Shukry

BENDIR LANCARKAN KELAHIRAN


Berita baik kepada penggemar bendir. Sewaktu menunggu tarikh jangka bersalin, makanlah bendir lebih kurang 10 biji sehari. Selain mempercepatkan proses bersalin, rasa sakit pun akan berkurangan.


LEGAKAN KEPANASAN

Cuaca panas terik memang merimaskan. Basahkan badan anak dan sapukan dengan tepung gandum. Anda akan dapati kesan merah pada liang romanya ini membuktikan bahawa panas badan anak akan keluar. Kesan itu akan hilang dengan sendirinya.


MAHU HILANGKAN LETIH


Jika anda sering berasa lebih, bancuhlah madu dengan segelas air suam. Biarkan semalam. Keesokan harinya barulah diminum, Insya-ALLAH anda tidak akan berasa letih lagi.


MADU LEBAH RAWAT BATUK


Berikan sesudu kecil madu lebah asli dan dicampur dengan tiga titik perahan air limau nipis. Bacalah selawat dan berikan minum. Insya-ALLAH  batuk akan sembuh segera.


KENTANG MUDAH DIKUPAS

Ramas kentang dalam hampas kelapa atau pada kain kasar. Kemudian barulah dikupas kulitnya. Ia dapat mengelakkan pembaziran kerana anda hanya akan mengupas lapisan kulit nipisnya sahaja.


RAWAT ULSER


Tahukah anda cara yang paling cepat untuk mengubati ulser? Caranya ialah dengan menumbuk halis kulit kayu manis dan campurkan sedikit madu lebah. Setelah itu sapukan ke bahagian yang terkena ulser. Bahan ini amat seusai untuk kanak-kanak kerana rasanya manis, berbau wangi dan yang paling penting tidak memedihkan.


PENAWAR SAKIT KUNING


Berikan susu ibu kerana susu ibu mengandungi laksatif yang melawaskan pembuangan mekonium (najis) dalam tubuh bayi.  Untuk ibu pula amalkan makan epal hijau setiap hari sewaktu hamil.


PUTING SUSU BERSIH

Gunakan garam untuk menghilangkan kesan susu basi pada puting susu botol. Ambil sesudu garam dan gosok pan pada puting susu. Kemudian bilas dengan air. Puting akan bersih dan bau busuk pun hilang


KEMPISKAN PERUT

Bagi ibu-ibu yang sering dihantui masalah perut buncit, cubalah petua ini. Ambil sebiji peria bersaiz sederhana, potong kecil-kecil dan dikisar bersama sedikit air dan gula. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan. Untuk rasa lebih enak, anda bolehlah sejukkannya.


[1 2 3 4]
4 / 4